Sunday, 22 January 2023
Thursday, 19 January 2023
Wednesday, 18 January 2023
Saturday, 14 January 2023
Uji Kecekapan Mengira Dengan Game CoreNum
Peraturan
- Tekan butang "Start" untuk memulakan permainan
- Setiap soalan akan menunjukkan nombor random
- Tambahkan semua digit dalam nombor tersebut sehingga didapatkan satu digit
- Berikan jawapan dengan mengisi ruangan jawapan
- Markah akan diberikan jika jawapan betul, tidak diberikan jika salah
- Tekan butang "Restart" untuk menetapkan semula permainan

"Game Ended"
Markah Terkumpul:
0
Jumlah Soalan:
0
Jumlah Waktu Diambil:
0 saat
Jumlah Jawapan Betul:
0
Ketepatan Jawapan:
0%
Sunday, 8 January 2023
Thursday, 5 January 2023
Wednesday, 8 June 2022
Beli Emas Maybank2u MIGA-i dengan refferal code
Rupanya selain GAP Public Gold kita jugak boleh beli emas Maybank2u MIGA-i. Yang bestnya harga emas kat Maybank2u MIGA-i ni lebih murah berbanding emas di Public Gold GAP.
Gunakan referral code : amb07014 semasa membuat pengaktifan akaun emas MIGA-i Maybank2u
Konsep beli emas di Maybank2u MIGA-i ni lebih kurang sama dengan konsep simpanan emas GAP Public Gold. Apa yang sama untuk kedua-duanya ni;
- Boleh simpan emas
- Boleh keluarkan emas fizikal
- Simpan emas sedikit demi sedikit
- Patuh Syariah (Seperti yang diperakui dalam web Maybank2u)
- Emas 999
- Minimum pengeluaran emas 1gram
Simpan emas
Keluarkan emas fizikal
Simpan emas sedikit demi sedikit.
Patuh Syariah
Ketulenan emas
Minimum Pengeluaran 1gram.
Daftar akaun emas Maybank2u MIGA-i dengan referral code
Friday, 6 May 2022
Cara beli USDT menggunakan Binance
Sebelum ni saya tak ambil kisah camna nak dapatkan USDT ni. Tapi since dunia crypto makin pantas, saya kena belajar sendiri camna cara nak beli UDST menggunakan Binance.
Ini adalah cara terkini untuk dapatkan USDT (semasa artikel ini ditulis).
1. Pada bahagian Home, pilih menu P2P trading seperti gambar dibawah ni.
Seterusnya pastikan anda select pada USDT (sebab nak beli USdT) dan pilih seller yang bagi rate dan syarat yang sesuai. Tekan BUY pada seller pilihan itu.
Pastikan currency adalah RON (rujuk currency atas sebelah kanan dalam gambar tu)
Selepas itu baca lah arahan yang diberikan oleh seller. Biasanya seller akan sertakan sekali nombor Whatsapp dalam description.
Masukkan jumlah dalam RM yang hendak dibeli. Dalam sistem dikira Lei. 1 lei = RM1. Dan kemudian tekan butang BUY with 0 fee.
Anda dikehendaki membuat pindahan duit ke akaun yang diberikan dalam tempoh yang diberikan. Biasanya 15 - 30 minit.
Copy siap-siap order number untuk diletakkan sebagai rujukan (reference) transfer duit tu nanti.
Lepas siap transfer, screenshot resit tu.
Pergi balik ke Binance dan tekan butang Transferred, notify seller.
Seller akan masukkan jumlah USDT yang dipersetujui ke dalam wallet Binance anda dalam masa 7 minit. Biasanya tak sampai 2 minit seller dah release.
Kalau seller belum release cypto yang anda beli dalam tempoh yang diberikan oleh Binance, anda boleh terus Whatsapp seller.
Sunday, 3 April 2022
Tempahan plat FE Putrajaya sudah dibuka
Plate FE tahun 2022
Runner tempah plate FE Putrajaya
Harga tempahan plate FE
Buat tempahan pembelian
Sunday, 3 October 2021
Biskut Crackers Gluten Free The Kitchen Project
Wednesday, 7 July 2021
Cara Mohon Moratorium 3.0 Pelan Pemulihan Negara 2021
Harini 7hb Julai 2021. Tarikh di mana kebanyakan bank mula membuka permohonan untuk orang ramai memohon moratorium bagi pembiayaan di bank bagi sewa beli dan pinjaman peribadi.
Berkenaan dengan tempoh pembayaran semula yang dipanjangkan kepada 12 atau 24 bulan, anda boleh menghubungi bank masing-masing. Tempoh itu adalah bersesuaian untuk kedua-dua belah pihak. Bank untung, peminjam dapat kemudahan "pembiayaan" tanpa urusan yang renyah dan rumit.
Syarat kelulusan Moratorium
Syarat lulus moratorium adalah;
- Membuat permohonan
- Hutang (bayaran bulanan pembiayaan) tidak tertunggak melebihi 90 hari
- Hutang dengan bank dibawah seliaan Bank Negara sahaja. Ah long tak termasuk ye.
![]() |
kredit gambar : edubestari.com |
Mohon Moratorium MBSB
Untuk pinjaman peribadi MBSB, anda boleh terus ke laman web MBSB dan cari pautan moratorium. Atau anda boleh terus klik pautan ini untuk terus membuat permohonan.
Selepas isi borang di atas, MBSB akan memaklumkan status kelulusan melalui SMS seperti dibawah.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, permohonan Moratorium memang 100% akan lulus sekiranya menepati perkara yang ditetapkan iaitu;
- Tiada tunggakan bulanan
- Membuat permohonan moratorium
- Bukan hutang ahlong (syarikat pinjaman wang berlesen).
Mohon Moratorium Public Bank
Cara untuk mohon Moratorium Public Bank pula anda boleh klik di OPT-In Moratorium di pautan yang disediakan dalam laman web public Bank. Kemudian isi borang ringkas dan tekan submit. Lihat gambar dibawah.
![]() |
Isi borang ringkas untuk mohon Moratorium Public Bank |
Pilihan Moratorium Public Bank Finance
- Penangguhan bayaran penuh selama 3 bulan
- Bayaran bulanan 50% dari bayaran asal selama 6 bulan.
- Penjadualan semula dengan penangguhan ansuran 3 bulan pertama dan pengurangan ansuran bulanan yang ada.
Moratorium Maybank
Untuk peminjam pembiayaan Maybank, anda boleh rujuk file pdf FAQ Moratorium Maybank untuk pengetahuan anda. Kalau menurut pengiraan kadar faedah oleh pakar kewangan, Maybank mempunyai plan yang agak menarik. Mungkin bank-bank lain pun akan lebih kurang sama kiraannya.
- Email permohonan ke maybank.
- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan untuk memohon.
- Hantar permohonan online bermula 20 Julai 2021.
Moratorium Bank-bank lain.
- Mohon moratorium 6 bulan.
- Pengurangan Bayaran bulanan pembiayaan sebanyak 50%
- Moratorium 3 bulan.
- Ambank - Untuk maklumat moratorium ambank, boleh klik sini.
- CIMB Bank
- Alliance Bank
- RHB Bank
- Affin Bank Moratorium.
Boleh layan video Financial Faiz berkaitan Moratorium personal loan dan pinjaman kereta.
Tuesday, 29 June 2021
Moratorium PKP 3.0 Apa cerita ni?
Dengar cerita PM ada umumkan bantuan untuk PKP 3.0 ni. Yang paling popular adalah moratorium. Tapi ada berita yang kedengaran macam tak best pasal moratorium kali ni.
Memandangkan ramai yang terkesan dengan pandemik kali ni, isu moratorium ni saya rasa yang paling dapat perhatian ramai.
Ada yang nasihatkan jangan ambil Moratorium PKP 3.0 ni sebab banyak hidden charges. Ada Bank (tak boleh sebut kat sini), jumlah interest RM15k jadi RM22k sekiranya bersetuju ambil moratorium. Isunya adalah persetujuan dari peminjam berkaitan pinjaman yang dibuat.
Ada beberapa cadangan yang dikemukakan yang saya rasa agak menarik. Antaranya adalah, bagi mereka yang bersetuju menerima moratorium ini secara automatik, mereka tidak perlu membayar pinjaman untuk bulanan mereka (kenderaan atau hartanah).
Atau,
Bank boleh menyediakan agreement (persetujuan) baru bagi moratorium ini yang boleh ditandatangi secara online. Ini bagi mengekang kesesakan dan menjaga SOP semasa situasi sekarang ini.
Namun apa yang penting, pihak bank memaklumkan secara jelas kepada para pelanggan sebelum mengambil mana-mana tindakan berkaitan moratorium ini.
Saya sendiri kadang-kadang terkeliru dengan SOP-SOP yang sering berubah, inikan pulak peraturan-peraturan bantuan (moratorium) yang masih sangat baru diumumkan. Jadi apakah pendapat anda berkaitan moratorium ini?
Setelah meneliti dan membuat kira-kira, saya berpendapat adalah digalakkan untuk kita mengambil moratorium. Tak dinafikan bank akan panjangkan tempoh pembayaran dan dikenakan faedah. Tapi apa yang kita tak nampak adalah jumlah pembayaran bulanan yang lebih rendah berbanding bayaran bulanan asal.
Menurut pakar kewangan, 100% daripada mereka menggalakkan orang yang ramai mengambil peluang moratorium ini untuk mempunyai pegangan tunai dalam tangan. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang yang tak menentu, tunai ditangan adalah penting.