Doa Yang tak tetap

Memetik dari post dari guru saya, logik ku vs logik tuhan.

Apa yang boleh saya katakan adalah, Tuhan selalu memakbulkan (dengan pantas) doa hambanya.

Tak kira siapa pun orang tu.

Orang jahat, orang baik, perempuan, lelaki, apa bangsa sekalipun, malah apa pun agamanya.

Tapi sering kita sebagai manusia, menidakkan malah menolak perlaksaan atau penzahiran dari Tuhan ke atas doa-doa kita.

Saya buat 1 contoh.

Saya nak duit yang banyak untuk saya beli macam-macam keinginan saya.

Dengan berbekalkan niat atau doa itu, saya buat video di Channel Youtube saya dengan konten yang trending dan hot.

Dengan harapan ramai yang tengok dan iklan Youtube Adsense banyak dipaparkan dalam video.

Tapi (saya anggap) malangnya video dan konten yang saya buat tu mendapat kecaman hebat. Orang ramai kutuk dan komen menyakitkan hati.

Saya marah, sakit hati.

Lalu saya banned orang-orang yang menyakitkan hati ni. Dan berkata, "aku nak video aku semua disukai orang, dan orang appreciate usaha aku"

Baik.

Tengok balik niat asal, nak dapat duit banyak.

Komen-komen menyakitkan hati dan haters yang muncul itu mungkin asbab Tuhan nak makbulkan doa kita.

Dengan adanya haters, dan komen negatif itulah view video makin bertambah. Iklan makin bertambah, duit adsense makin meningkat.

Tapi, saya 'ubah doa' saya secara tak langsung dengan berasa sakit hati dan nak video saya tu dihargai?

Come on.

Nak video dihargai atau nak dapat duit banyak?

Kat sinilah mindset seseorang adalah segala-galanya.

Maka bila saya dah set dalam minda 'nak video dihargai' Tuhan tetap jugak akan terus makbulkan 'doa' saya tu.

Tapi agak-agak, saya masih tetap dengan doa tu?

Mungkin je saya komplen yang doa saya tak dimakbulkan.

"Oh Tuhan, aku nak duit yang banyak. Banyak video-video yang aku dah buat, tapi takde pun income" kesahku.

Sedar tak, disaat saya komplen tak nak haters, saya dah ubah niat atau doa saya kepada 'nak video dihargai'

Begitulah logik saya saya sebagai manusia biasa.

Semua nampak tak adil.

Padahal Tuhan selalu (dengan pantas) memakbulkan doa-doa hambanya.

Terimalah apa pun yang terjadi. Berharmonilah dengan sekeliling dan cari hikmahnya.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama