Honda Civic 1.5 Turbo dan 1.8 Vtec Kos Servis dan Maintenance - Adzril Bloggertalk

Monday, 17 June 2019

Honda Civic 1.5 Turbo dan 1.8 Vtec Kos Servis dan Maintenance

Kos yang perlu diambil tahu selepas memiliki Honda Civic 1.5 TC / TCP atau 1.8 Vtec adalah servis dan maintenanncenya. Jangan ingat dah mampu beli je, kos maintenance, roadtax insuran pun perlu diambil tahu.
Saya bertuah sebab dapat pandu uji Civic 1.5 Turbo Charged - Premium warna marron
Artikel review saya bertajuk Review Honda Civic 2016 dah terangkan secara ringkas harga maintenance nak servis Honda Civic FC ni.

Dalam artikel tu saya tulis RM400-RM700 sekali servis.

Kali ni saya nak kongsikan detail sikit.

Kos servis dan  Maintenance Honda Civic 1.5 Turbo vs Civic 1.8 Vtec.

Kalau tengok kat laman web Honda, diaorang dah sediakan sheet tentang kos maintenance Civic 1.5 dan 1.8 ni.

Kalau diperhatikan secara kasar, kos servis Honda Civic Turbo lagi murah berbanding kos servis Honda Civic 1.8 Vtec. Jom tengok perbandingan.

Jadual harga kos servis Honda Civic 1.5 dan 1.8

Kalau nak lebih detail pasal kos maintenance ni kena download jadual maintenance Honda Civic 2016 kat link yang saya bagi kat atas tadi.

Kos Maintenance Honda Civic 1.5 TC / TC-P

Kalau kita tengok, kos maintenance Civic 1.5 Turbo (TC/TC-P) jauh lebih rendah.

Memang betul.

Tapi kalau tengok betul-betul dalam jadual yang Honda sediakan untuk Civic 1.5 turbo, ada tertulis kat situ;
Engine oil replacement period depend on Engine Oil Monitoring indicator lamp or not over than 6 months (RM145.64)
dan;

Oil filter replacement period depend on Engine Oil Monitoring indicator lamp or not over than 12 months (RM34.10) 
Yang mana membawak maksud, Civic versi Turbo 1.5 ni tak servis ikut jadual sangat.

'Dia' perlu ke pusat servis terdekat apabila lampu dekat panel meter menyala menandakan rutin servis perlu dilakukan.

Kenapa camtu?

Kalau menurut technician Honda yang terangkan pada saya haritu, ini adalah kerana fungsi turbo yang ada pada enjin varian 1.5.

Sensor pada enjin ada detect kalau kelikatan minyak enjin menunjukkan tanda-tanda perlu ditukar baru dek kerana bekerja kuat yang didesak charged turbo.

Makna kata, tengok penggunaan pemandu jugak.

Kalau pemandu jenis bawak sopan santun, tak tekan kaw kaw pedal minyak tu, mungkin lah servis boleh ikut jadual.

Tapi untuk jaga enjin, setiap kali servis interval 10,000KM tu mestilah tukar oil filter dan minyak hitam sekali.

Yang mana kosnya perlu ditambah RM145.60 + RM34.10 + (Harga kos dalam jadual).

Contoh pengiraan;

RM145.60
RM034.10
RM063.60 (kos untuk servis pertama)
-------------
RM183.30 total untuk servis pertama
-------------

Kos Maintenance Honda Civic 1.8 Vtec

Camna pulak dengan maintenance Honda Civic 1.8 Vtec?

Yang ni rileks sikit. Servis macam kereta-kereta lain macam biasa.

Cukup jadual pergi servis. Cukup 10,000KM (interval), tukar minyak hitam + oil filter.

Yang mana kos servis untuk 1.8 Vtec ni dah dicatatkan dalam jadual servis siap-siap.

Jadi mana pilihan korang?

Nak Honda Civic 1.5 Turbo atau cukup sekadar enjin 1.8 vtec?

Kalau 1.5 roadtax murah berbanding 1.8.

Tapi 1.8 maintenance tak mengada macam 1.5 (kot).

Tepuk dada tanya poket masing-masing. Kalau korang berniat dan berminat nak beli Honda Civic FC 1.5 Turbo atau 1.8 Vtec dengan diskaun kaw kaw, boleh hubungi saya 0104459575.

Kita bincang.




Share with your friends

8 komentar

Xmampu bos nk pakai H.. Pakai alza je senang, kt highway pon bkn bleh bwk lbh 110km/h..so mcm xfunction pkai H

klu nk sedap ada pecutan gunalah honda1.5 turbo la bg sa, tp klu sa diberi pilihan. sa akan pilih honda 1.8 vtec, sb enjin x la cerewet sa nk maintenance. ckup 10,000km bru nk p servis . klu honda 1.5 turbo, lampu menyala dh kene p servis. klu turbo lg buat hal....mampuih. bkn setakat ratus2 lg, komfom kene ribu2...tp iyalah itu bg pendapat saya la...

Blog baru..ke ni. .. abam adzril..thorbaekkk

Turbo kilang lain dengan turbo yg duk ubahsuai ssndiri..

EO sesuai utk 1.5tc ape ek.? 0/20 atau 0/30? Selain dari eo honda ape lg elok?

Mampu mimpi je lh nk pkai H, gji pon bru 2 k, mmpu pkai mtor dlu...

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.