Review Jujur selepas setahun beli Yamaha R15, Tukar Rantai sekali.

Hujung bulan ni genaplah setahun saya memiliki Yamaha R15 Kuning ni. Rasa macam kejap je. Total dalam setahun punya mileage lebih kurang dalam 24,000KM.

Rantai motor ni, adjust la camna pun, tetap tak boleh nak ngam sebab sprocket dah rosak.

Sepanjang setahun penggunaan Yamaha R15 ni, alhamdulillah tiada sebarang major problem kat motor sportbike ni. Takde langsung keluarkan kos untuk repair sebarang kerosakan, atau hantar ke centre Yamaha untuk Claim warranty. Memang takde.

Semua kos adalah melibatkan maintenance je.

  1. Tukar minyak hitam/ minyak enjin
  2. Oil Filter
  3. Spark Plug
  4. Rantai dan Sprocket. {alertInfo}


Untuk kos penukaran minyak hitam Yamaha R15 saya ada terangkan pada artikel sebelum ni bertajuk Kos Maintenance Yamaha R15 Daily Commute.

Untuk kos lain macam Spark Plug dan Rantai Motor, ianya baru ditukar sekali.

Spark Plug saya tukar pada kilometer 10,000KM. Lebih kurang RM35 untuk spark plug biasa.

Rantai dan sprocket saya baru tukar tadi, pada kilometer 24,000KM (lebih kurang).

Memang dah kena tukar pun sprocket ngan rantai tu.

Perhatikan sprocket tu, dah pecah dan sumbing.

Sprocket tu dah sompek. Rantai dah kendur. Rantai asal motor Yamaha R15 ni guna jenama D.I.D yang ada O-Ring tu.

Memandangkan rantai jenama D.I.D yang ada O-Ring takde kat Sendayan Motor tu tadi, maka saya pilih je la yang ada iaitu Regina Chain.

Kedai tu caj RM150 siap dengan sprocket depan dan belakang. Saya kekalkan saiz asal sprocket kilang. Tapi kalau korang beli sendiri kat Lazada, lagi murah.

Harga kat kotak tu RM138. Kat Lazada, Regina Chain RM77 je.


Katanya jenama Regina Chain ni dipasang kat motor Ducati. Saya yer kan je la.. Bukan saya tahu sangat pun. Asalkan motor saya tak bunyi bising rantai.

So far lepas pemasangan rantai dan sprocket baru ni, sedap la sikit bunyi motor saya ni. Kalau tak, adjustlah camna pun, mesti ada part dia tegang, pastu ada part longgar.

Memang stressed dibuatnya.

Selain tu...

Sepatutnya pada kilometer 20,000KM saya dah buat Valve Clearance, tapi sebab tadi dah rushing nak pergi solat Jumaat, so next time je lah buat servis tu.

Sprocket asal Yamaha R15.

Set rantai dan sprocket baru untuk Yamaha R15. Semua ni RM150 termasuk pasang kat Sendayan Motor.

Berbalik kepada pengalaman saya memiliki Yamaha R15 ni.

Masa mula-mula beli motor ni dulu, semangat nak bawak motor ni pergi kerja setiap hari tu memang berkobar-kobar. Kira tak kisah la orang nak cakap apa, sanggup.

Sekarang ni bukan tak berkobar-kobar, cuma kadang-kadang badan rasa penat seharian kerja, pastu nak balik rumah dengan jarak lebih kurang 64KM, rasa alangkah baiknya kalau saya ada sebijik motor kapcai.

Menyesal betul saya jual motor Yamaha LC 135 dulu.

Kalau ada motor kapcai, at least kalau nak ke kedai beli sayur tak perlulah nak start kereta atau bawak sportbike. Macam tak kena.

Pastu petang-petang teringin nak bawak anak jalan-jalan sekitar taman naik motor.

Takkanlah nak bawak naik Yamaha R15. Memang susah dan mustahil.

Sampaikan saya tukar pakai Yamaha R15 ni dengan Wisuki kawan. Semata-mata nak bawak anak jalan-jalan pusing taman.

Wisuki ada bakul, senang bawak.

Siap tolong basuh Yamaha Y15 member.

Apa-apa pun nasihat saya, kalau korang berminat nak beli Yamaha R15, boleh..teruskan niat tu.

Tapi pastikan korang ada 2nd motor untuk tujuan santai nak ke surau, kedai dan jalan-jalan pusing taman.

Yamah R15 ni superb.... Ianya sesuai untuk bawak setiap hari ke tempat kerja.

Cuma badan anda akan meronta jugak nak pakai kapcai, sebab position riding yang lebih santai.

Lantaklah orang nak cakap saya bukan bikers kental pun. Saya sayang badan saya. :)

Layan Video saya bagi pesanan ikhlas kat bawah ni.

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama