Minyak Enjin Benneli 15/50 PJ1 Boleh tahan sedap

Sesi servis motor yang lepas saya cadang nak guna Petronas Sprinta F700 untuk Yamaha R15 saya macam biasa. Tapi time tu stock habis pulak kt Petronas yang saya singgah.

Disebabkan tak nak buang masa, saya decide nak guna je apa2 jenis minyak hitam yang ada kat bengkel nanti.
Patutlah mahal, fully sintetik.


Sampai kat bengkel tu pomen rekemen minyak Benneli. Harga RM32 which is murah sikit berbanding Petronas Sprinta F700 yang berharga rm35 kat semua stesen minyak Petronas. Kat shopee dan 99 Supermarket boleh dapat lebih murah. Memandangkan takde pilihan lain yang harga dalam range tu, saya on je lah EO Benneli tu.

Agak mengejutkan, feel smooth dia sebijik sama macam minyak Platinum Oil yang pernah saya review sebelum ni. Rasa gebu. Dan bestnya, dah 3000 km pun enjin masih terasa smooth.

Jadi saya decide untuk kekal guna Minyak Enjin Benneli ni untuk next servis R15 saya sementara nak tunggu Onexox TKKR keluarkan minyak enjin atas jenamanya iaitu Onexox TKKR yang digunakan oleh team Racing Onexox TKKR SAG Racing Team. Tak sabar nak review yang tu pulak.

Berbalik kat eo Benneli kali ni (next service), harga dah jadi RM47. Eh? Terpaksalah bayar sebab dah siap isi semua kt enjin.

Ke saya yang keliru? Mungkin sebelum ni jenis yang lain? Ahhh ntah lah. Kalau dah camni harganya, saya prefer guna Petronas Sprinta F700 balik mcm biasa atau saya bercadang nak cuba guna minyak Shell AX7 semi sintetik.


Harganya kat stesen minyak shell RM30 je lebih kurang. Jadi ngam lah. Tunggu next servis pulak. Itupun kalau minyak jenama Onexox TKKR belum launch.

Korang punya feveret engine oil apa ye?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama