Benarkah Perkhidmatan Penghantaran Juadah e-Bazar Ramadhan dibenarkan? - Adzril Bloggertalk

Friday, 17 April 2020

Benarkah Perkhidmatan Penghantaran Juadah e-Bazar Ramadhan dibenarkan?


Penulisan ini saya buat merujuk beberapa sumber luar, anda boleh rujuk link rujukan yang saya sediakan.
sumber Harian Metro


Menurut laporan Harian Metro berkaitan e Bazar,  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadhan tahun 2020 ini termasuk dalam bentuk pandu lalu atau tempah dan ambil. Ianya tidak dibenarkan sama sekali.

Petikan dari berita Harian Metro.


Akan terjadinya situasi orang berkumpul

Saya percaya ramai peniaga diluar sana keliru dan gelisah dengan berita ini.

Dari laporan yang dipetik daripada Harian Metro di atas, sebenarnya agak jelas objektif utama kerajaan adalah untuk mengekang orang ramai keluar berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa.

Orang ramai bertumpu (pandu lalu atau tempah dan ambil) di satu-satu kawasan.

Dari keputusan itu, ambil point penting yang diketengahkan.
Tidak dibenarkan;

  1. Sebarang bentuk bazar atau gerai
  2. pandu lalu
  3. Tempah dan ambil


Ketiga-tiga point tersebut, sekiranya tidak dihalang akan menyebabkan segala usaha PKP gagal. Ini kerana orang ramai akan berpusu-pusu keluar ke tempat jualan (Gerai atau Bazar) sekaligus menyebabkan ramai orang akan berkumpul di satu tempat pada satu-satu masa.

Pandu lalu juga akan menyebabkan orang ramai keluar menuju ke gerai atau bazar. Ini juga akan menyebabkan sesuatu tempat sesak dan orang ramai akan berkumpul.

Tempah dan ambil juga akan menyebabkan perkara yang sama, dimana ramai orang akan keluar dengan alasan untuk mengambil makanan yang ditempah.

Delivery Makanan di Bulan Ramadhan dibenarkan

Perkhidmatan penghantaran makanan mengurangkan jumlah orang ramai keluar membeli juadah berbuka puasa

Satu perkara yang tidak disebut tetapi merisaukan peniaga dan sebahagian masyarakat lain adalah perkara yang melibatkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Memandangkan isu penghantaran makanan tidak disebut, sudah semestinya penghantaran makanan masih dibolehkan. Kalau tengok secara logik, perkhidmatan penghantaran makanan ini dapat mengurangkan orang ramai daripada keluar untuk tujuan membeli juadah berbuka puasa.

Saya ambil contoh, sekiranya seorang penghantar makanan boleh membuat penghantaran ke 50 buah  lokasi, dah dapat kurangkan 50 orang keluar dari rumah dan berkumpul.

Jadi hanya perkhidmatan e-hailing sahaja yang dibenarkan untuk menghantar makanan dari peniaga ke pelanggan. Contoh perkhidmatan e-hailing popular yang ada di Malaysia adalah GrabFood, Food Panda, Lalamove, Bungkusit, dan RideRunner (Sabah).

Perkhidmatan Runner Selain GrabFood

Timbul pula isu tentang kawasan perkhidmatan yang boleh ditampung oleh perkhidmatan e-hailing tadi. Rata-rata kawasan luar lembah Klang tidak mempunyai akses kepada servis e-hailing yang saya sebutkan tadi.

Saya cuba rujuk di Page Facebook Malaysia Government Call Centre untuk mencari jawapan memandangkan saya terjumpa satu screenshot dari salah seorang ahli group Whatsapp berkaitan isu Runner persendirian.
Screenshot chat yang menunjukkan MGCC menyatakan runner persendirian boleh beroperasi untuk hantar makanan.
Rupanya sudah ramai yang mengusulkan soalan ini pada page MGCC ini. Anda boleh baca sendiri soalan dari orang ramai dan jawapan yang diberikan oleh pihak MGCC ini pada post dibawah ini.


Penghantaran makanan oleh Grab dan Food Panda dibenarkan.

Sudah jelas disini sebenarnya perkhidmatan penghantaran makanan pada Ramadhan 2020 ini adalah dibenarkan. Namun mungkin terdapat beberapa syarat bagi khidmat penghantaran sendiri selain GrabFood, Food Panda dan lain-lain.

Apa pun saya mengharapkan yang terbaik untuk semua pihak. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kegembiraan yang lebih dalam diri setiap muslimin.

Share with your friends

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.