Cara Isi Borang Moratorium Ambank Online (Hire Purchased) - Adzril Bloggertalk

Thursday, 25 June 2020

Cara Isi Borang Moratorium Ambank Online (Hire Purchased)

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Hire Purchased Ambank untuk urusan sewa beli kereta, anda perlu untuk mengisi borang moratorium. Sama ada anda henda terima deferment (penangguhan) atau tidak, anda wajib mengisi borang ini.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mendapatkan nombor akaun Hire Purchased Ambank anda. Anda boleh menghubungi pihak Ambank di talian 03-21788888 untuk mendapatkan nombor akaun sewa beli anda itu.

Selepas anda memperolehi nombor akaun itu, anda perlu mendaftar akaun AmOnline.

Berikut adalah langkah untuk mewujudkan akaun AmOnline. Laman web ini perlu diakses menggunakan mode desktop sahaja. Anda tidak boleh menggunakan mobile untuk membuat akaun AmOnline.

  1. Masuk ke laman AmOnline. (https://ambank.amonline.com.my)

2. Pada menu sebelah kiri klik menu Register



3. Isi maklumat dalam borang yang disediakan dan tekan butang NEXT

4. Isi maklumat diri dan tekan NEXT

Pada langkah seterusnya, anda perlu masukkan TAC yang dihantar oleh pihak Ambank untuk melengkapkan pendaftaran akaun AmOnline.

Cara Untuk Isi Borang Moratorium AmBank.

Setelah selesai daftar akaun AmOnline, kini tiba masanya untuk anda mengisi borang moratorium untuk BERSETUJU atau MENOLAK MORATORIUM.


  1. Masuk ke laman AmOnline. (https://ambank.amonline.com.my)


2. Klik LOGIN HERE pada menu dalam kotak kuning. Kemudian masukkan login detail yang anda daftar tadi.



3. Klik pada nombor akaun dan pilih sama ada mahu terima atau tolak moratorium.

Selepas anda selesai membuat pilihan, paparan akan menunjukkan permohonan anda sedang diproses.


Kongsikan pada rakan-rakan yang lain supaya mereka dapat mengisi borang Moratorium ini sebelum akhir bulan Jun 2020.

Ingat, borang Moratorium ini wajib diisi sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju. 

Share with your friends

4 komentar

Apa akan terjadi sekiranya terlupa mengisi borang ini?

istri sy ada pinjaman kenderaan..disebbkan kedudukn kewangan blom pulih lg boleh x sy mohon utk sambung moratorium @ panjangkn lg tempoh bayaran pnjaman...mohon sangat2...klu boleh bgaimana caranya.

sekiranya terlupa, perlu hubungi pihak ambank.

Moratorium tambahan boleh dimohon di bank berkaitan bagi mereka yang terjejas punca pendapatan.

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.