Pemasaran Guna Konten Youtube tanpa buat video Youtube

Salah satu cara untuk marketing produk atau servis di Youtube tanpa buat video di Youtube adalah dengan mengupah Youtuber. Ada orang sebut product placement, atau mungkin jugak boleh dipanggil media buying.

Teknik Pemasaran Guna Youtube

Hanya perlu cari Youtuber yang dan minta mereka featured atau sebut nama produk atau servis dalam video mereka. Bukan buat iklan direct atau khas tentang produk dalam channel, alamat view sikitlah. Cara terbaik adalah insert iklan dalam konten Youtuber tersebut.

Contoh Youtuber yang pernah buat product placement di Youtube mereka adalah.

  • PurePixel - Promote Kedai Makan
  • Isa Isarb - Promote Octa Fx dan Produk Vape
  • Benny Production - Promote Wallet
  • Dan Banyak lagi.
Zhaf selitkan iklan medina cafe (restoran) dalam video review movie

Benny Production selitkan iklan Wallet dalam video Photoshop tutorialnya.

Isa Isarb promote OctaFX dalam video challenge



Target Market (Avatar)

Pemilik produk semestinya ada ciri-ciri pelanggan yang dikehendaki. Jadi perlu pilih Youtube yang kontennya berkait dengan produk yang nak dijual.

Yang penting, tak lari jauh ciri pelanggan yang dikehendaki.

Contoh Pure Pixels promote kedai makan, tapi konten Pure Pixels berkaitan review filem. Kat mana kaitannya?

Kaitannya adalah pada segmen penonton itu sendiri. Contoh data penonton di Channel Pure Pixels kebanyakan adalah;

  1. Lelaki Dewasa
  2. Wanita Dewasa
  3. Bekerja
  4. Ada pendapatan
Ciri-ciri ini boleh la 'disuapkan' dengan iklan makanan. 

Contoh pemilihan Youtube niche yang salah.

Pemilik bisnes Rempah kari mintak Channel Review permainan kanak-kanak (Ryan Toys contohnya) untuk promote bisnes rempah kari mereka. Ini tak kena sebab target penonton untuk channel Review permainan kanak-kanak biasanya adalah kanak-kanak.

Itu contoh. Mungkin je boleh sebab ada je mak ayah kanak-kanak yang tengok Channel Youtube camtu.

Kelebihan pemasaran Guna Youtuber

  1. Salah satu kelebihan ketara pemasaran guna Youtuber ni adalah iklan akan kekal dalam video tanpa boleh diubah. Jadi dengan sekali bayaran, iklan anda selamanya kekal dalam video yang diupload ke dalam channel berkenaan.
  2. Iklan tak boleh diskip (dilangkau) sebab memang embed dalam video. Jadi nak tak nak, penonton akan tengok iklan dan saranan oleh Youtuber berkaitan produk atau servis yang diiklankan.
  3. Biasanya Youtuber mempunyai pengikut yang setia, apa pun produk atau servis yang dipromote, paling tidak mesti akan didengar dan dilihat. Bagus untuk awareness.

Kekurangan Pemasaran Guna Youtuber

  1. Video tak evergreen. Sekiranya konten youtube tidak malar segar, maka iklan yang disebut dalam video tidak lagi dilihat atau kurang dilihat. 
  2. Perlu cari dan membuat kajian Youtuber yang boleh bagi impak sekurang-kurangnya berdasarkan view video.
  3. Bayaran yang agak tinggi untuk Youtuber mengiklan produk atau servis dalam video mereka.
  4. Susah nak cari Youtuber yang sesuai untuk produk yang hendak diiklankan dalam video mereka.

Youtuber Impak Tinggi

Youtuber yang berimpak tinggi bukan je yang pandai cari idea kreatif untuk buat video, tapi pandai dari segi teknikal untuk memastikan videonya ditonton oleh subscriber mereka atau penonton baru.

Ciri-ciri Youtuber yang berimpak tinggi;
  1. Ada niche yang spesifik 
  2. Tahu teknikal asas menentukan tajuk video, tags, description.
  3. ada jaringan antara Youtuber lain
  4. Konsisten buat konten
Jumpa je ciri camni pada seseorang Youtuber, gunakanlah kelebihan yang mereka ada untuk pasarkan (marketing) produk atau servis anda.

Jadi anda sebagai pemilik bisnes, anda tak perlu buat video untuk pasarkan produk atau servis anda. Gunakan channel yang telah dibina oleh orang lain untuk jimatkan masa. Atau boleh hubungi saya O1O6OO9966 untuk tujuan strategi pemasaran produk anda secara digital (Youtube dan Blog).



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama