Basikal Elektrik Lebih murah dari Shopee dan Lazada

Saya rasa trend basikal elektrik ni semakin berkembang kat Malaysia. Tapi rata-rata harga basikal elektrik kat Shopee dan Lazada takdelah murah sangat. Dengan range harga RM1500-RM2000 kat Shopee dengan Lazada, ianya agak mahal. Tapi saya jumpa satu tempat ni yang jual basikal elektrik lebih murah dari Shopee dan Lazada.

Update:

Supplier pun dah masuk market Shopee. Dah boleh beli kat shopee basikal elektrik tu sekarang guna link ini Basikal Elektrik Shopee. {alertInfo}

seat basikal ni boleh adjust, tapi malas nak mintak tokey tu adjustkan.

Harga Basikal Elektrik ni Jauh lebih murah

Nak dijadikan cerita, saya jumpa satu kedai ni jual basikal elektrik yang common tu (bukan second hand ye) yang memang sesuai untuk dewasa. Mula-mula tu saya tanya berapa harga kat tauke kedai, dia cakap RM1300 sambil tunjuk kat sticker harga yang dilekatkan kat handle basikal tu.

Kalau tengok dari design basikal ni, memang mirip dengan model XIAOMI HIMO T1. Tapi ni bukan jenama XIAOMI la.

Harga basikal elektrik yang dipaparkan di kedai.

Sebenarnya saya ada call kedai ni sebelum datang. Dalam whatsapp dia cakap harga lain, sekali jumpa depan-depan dia bagitau harga lain. Tak boleh jadi ni. Saya tunjuk Whatsapp, terus dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

Tapi memang basikal elektrik dewasa kat kedai dia RM1300 tu lebih murah berbanding harga kat Lazada dan Shopee. Yang kat Lazada dan Shopee tu belum masuk caj penghantaran lagi kan?

Sebenarnya tauke kedai bagi harga RM1100 untuk model basikal elektrik tanpa pengayuh, dan RM1200 dengan pengayuh. Masalah utama saya time tu tak dapat beli sebab kotak basikal tu besar. Tak boleh masuk dalam kereta.

Supplier pun dah masuk market Shopee. Dah boleh beli kat shopee basikal elektrik tu sekarang guna link ini Basikal Elektrik Shopee. {alertInfo}

Kotak Besar, Kena guna Hilux

Saya cakap, next time saya pinjam Hilux mak mertua saya untuk datang beli basikal elektrik kat kedai dia. Saya cakap alang-alang nanti saya open order bagi sesiapa yang nak beli basikal elektrik ni. Tapi ikut lokasi jugak la.

Jangan la yang tinggal kat belah-belah pantai Timur nak order. Jauh nak menghantarnya heheh. Pada mereka yang berada di sekitar Muar, Pagoh, Melaka, Seremban, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Kapar, Meru, boleh la nak mintak saya order dan hantar basikal elektrik model ni ke rumah anda.

Ciri-ciri Yang terdapat pada Basikal Elektrik Dewasa ini

Jangan tanya saya secara detail pasal basikal elektrik ni. Saya tak boleh nak review lagi secara detail sebab saya sendiri pun belum beli lagi.

Apa yang saya boleh katakan secara ringkas, bateri basikal elektrik ni boleh bertahan sejauh 45km sekali caj penuh. Kelajuan antara 25-40km/j, cukup laju dan selamat.

Mode kelajuan

Ada 3 mode kelajuan;

  1. Perlahan
  2. Sederhana
  3. Laju (takdelah laju sangat pun)
Semua mode ni dikawal guna butang (suis) kat handle sebelah kanan.

Jenis Brake Yang digunakan oleh basikal elektrik ini

Brek yang digunakan adalah jenis drum. Selain tu, basikal ni siap dah ada alarm. Guna remote je tet tet!

Warna memang ada banyak, tapi availability warna tu saya tak dapat jaminlah. Tapi nanti kita tengok warna apa yang ada.

Moga dengan tempah secara berjemaah boleh dapat harga diskaun.

Basikal ni alarm, dia guna remote ni je untuk lock motor. Kena nak pulas kunci pun kena pastikan alarm unlock.

Basikal elektrik ni menggunakan brake drum untuk sistem braking

Pilihan warna untuk basikal elekrik yang ada.


Pendapat Peribadi mengenai basikal elektrik ini

Pendapat saya, basikal ni memang sesuai digunakan untuk jarak yang tak berapa jauh. Paling-paling pun 10KM - 20KM sehala.

Boleh la pegi masjid, pergi kedai beli sayur (basikal elektrik ni ada bakul tau) dan jalan-jalan pusing taman.

Selain ada bakul kat depan tu, basikal elektrik ni jugak ada seat belakang.

tempat duduk belakang basikal elektrik. Boleh bawak anak jalan-jalan pusing taman.


Spare part basikal elektrik di Malaysia

Kalau menurut taukey kedai basikal elektrik ni, dia cakap bab spare part jangan risau. Memang banyak katanya. Yelah tu kan?

Tapi memandangkan trend basikal elektrik ni memang makin berkembang, rasanya memang betullah spare partnya mesti senang dicari dan harganya mesti berpatutan. (ini andaian peribadi)

Oklah, akhir kata, pembelian boleh dibuat di link eBike Shopee ini.

Menggunakan fork telescopic dan sport rim 3 spoke. Saiz tayar kalau tak silap 12 ke 13 inci.

 
tempat letak kaki ni boleh letak beras 5kg :)

5 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. terima kasih dgn info yg dikongsikan.Harap dapat satu basikal elektrik akan datang.aamiin.

    BalasPadam
  2. ENCIK. BOLEH TAU CARA PASANG HANDLE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak terangkan kat sini. Tapi kalau ada buku manual, rujuk je manual tu atau dapatkan bantuan pomen.

      Padam
  3. Encik boleh saye tahu lokasi kedai yg encik terangkan...
    Saye nak walk in kesana dan pick sendiri

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama