Persediaan sebelum Buat Batas Untuk Pertanian

Persiapan sebelum buat batas

Harini saya belajar lagi dari Channel Tanah Subur. Persiapan dan persediaan sebelum buat batas untuk pertanian. Sebelum kita memulakan tanaman, kena pastikan ada batas untuk lebih tersusun pokok-pokok tu nanti.

Gemburkan tanah guna tiller machine

Pertama sekali tanah perlu digemburkan. Kalau tanah tu luas, memang kena guna mesin penggembur tanah (Tiller Machine).

{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}



Harga tiller machine ni boleh tahan jugaklah. RM3000 plus plus. Tapi ada jugak yang berharga RM600 plus plus untuk saiz yang lebih kecik dan jenama yang biasa. Boleh la nak guna kot untuk petani newbie macam saya. (Tapi saya tak beli lagi).

Beli Tiller Machine di Shopee. {alertSuccess}

Tabur kapur

Ok, siap je gemburkan tanah jadi rata (tiada batas), perlu tabur kapur di semua kawasan yang nak diletak tanaman. Dolomite. Lepas selesai taburkan kapur tu, tanah perlu digemburkan kembali untuk pastikan tanah dan kapur bercampur sebati.

Tujuan letak kapur dolomite ni adalah untuk meneutralkan PH tanah. Sebab biasanya tanah yang dah lama takde tanaman, akan mempunyai sifat asid yang tinggi. Ok bila dah selesai proses kapur tanah, tunggu 2 minggu.

Tabur baja

Selepas 2 minggu, tiba masanya untuk letak baja kompos. Sama ada nak letak baja tahi ayam, baja tahi kambing atau baja realstrong. Tabur kat semua kawasan. Selesai je tabur, tunggu lagi sebulan untuk proses tabur baja Yara Mila 16 16 pulak.

Selesai je proses yang saya sebut kat atas ni, barulah boleh mula balut atau tutup tanah tu dengan plastik silvershine. Yang pastinya dah ada batas lah sebelum nak balut plastik tu.

Bila dah balut plastik silvershine, tunggu 14 hari sebelum boleh pindahkan anak pokok ke batas.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama