Guna Sistem PiKAT JKR untuk buat pinjaman kenderaan terpakai

Beli kenderaan guna loan Kerajaan

Urusan beli kenderaan baru menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan adalah sangat mudah. Hanya perlu isi borang WP 92 dan hantar borang berkenaan kepada pihak admin Jabatan anda bekerja. Tapi kalau nak beli kereta terpakai menggunakan pinjaman kerajaan, anda perlu guna sistem PIKAT untuk buat pinjaman kenderaan terpakai.

{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Guna PIKAT untuk beli kenderaan terpakai

Berbeza dengan proses beli kereta baru anda perlu membuat penilaian kenderaan terpakai yang anda nak beli menggunakan sistem PIKAT yang disediakan oleh pihak JKR. Proses ini adalah untuk mendapatkan harga sebenar kenderaan tersebut.

Setelah mendapat harga barulah boleh buat pinjaman kerajaan untuk beli kenderaan ini, sama ada motorsikal atau kereta. Kalau nak beli kereta baru, hanya perlu dapatkan sebut harga (quotation) dan serah sebut harga berkenaan bersama borang WP 92 tadi ke bahagian admin.

Daftar akaun PIKAT

Berbalik kepada cara menggunakan sistem PIKAT untuk mendapatkan nilaian (value) kenderaan yang anda nak beli, anda sebagai pembeli (bakal pembeli) perlulah membuat 1 akaun di PIKAT. Daftar akaun PIKAT di laman web JKR.

Cara isi borang PIKAT

Langkah pertama selepas akaun anda diaktifkan adalah dengan login dalam sistem PIKAT dan klik bahagian Permohonan Baru.


Seterusnya isi borang permohonan seperti yang disediakan dalam link permohonan baru berkenaan. Untuk bahagian;

Jenis Penilaian : Pinjaman Kenderaan

JKR Woksyop : Pilih Negeri dimana kedai kereta anda perlu hantar kereta yang anda nak beli untuk diperiksa. 

Alamat Pejabat : Akan diisi secara automatik oleh sistem.

Untuk Bahagian Maklumat Agensi untuk dihubungi anda perlu isi tempat untuk Jabatan anda bekerja.


Temujanji pemeriksaan kenderaan

Setelah selesai isi borang permohonan ini, dalam tempoh 3 hari paling maksima anda akan dihubungi oleh pihak JKR untuk temujanji dan mendapatkan maklumat kenderaan yang hendak dibeli. Anda perlu memaklumkan kepada penjual kereta untuk hantar kenderaan yang anda hendak beli ke Woksyop JKR yang anda telah pilih tadi.

Selepas penjual menghantar kereta ke Woksyop JKR pilihan anda tadi, pihak JKR akan keluarkan nilaian bagi kenderaan itu.

Dapatkan nilaian kenderaan yang anda nak beli itu dan hantar ke bahagian pinjaman kenderaan di Jabatan tempat anda bekerja beserta dengan borang pinjaman WP 92.

Proses selesai, geran disimpan admin

Tunggu 2 minggu dan duit akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Gunakan duit pinjaman itu untuk beli kenderaan yang telah dihantar oleh penjual ke JKR tadi. Segala maklumat pembelian dan geran perlu diserahkan ke unit pinjaman kerajaan untuk direkod.

Geran akan disimpan oleh pihak admin selagi bayaran pinjaman masih berjalan.

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. Jkr punya harga penilaian kereta sama x dgn bank atau used car...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama