Cara Mohon Moratorium 3.0 Pelan Pemulihan Negara 2021

 Harini 7hb Julai 2021. Tarikh di mana kebanyakan bank mula membuka permohonan untuk orang ramai memohon moratorium bagi pembiayaan di bank bagi sewa beli dan pinjaman peribadi.

Berkenaan dengan tempoh pembayaran semula yang dipanjangkan kepada 12 atau 24 bulan, anda boleh menghubungi bank masing-masing. Tempoh itu adalah bersesuaian untuk kedua-dua belah pihak. Bank untung, peminjam dapat kemudahan "pembiayaan" tanpa urusan yang renyah dan rumit.

Syarat kelulusan Moratorium

Syarat lulus moratorium adalah;

  1. Membuat permohonan
  2. Hutang (bayaran bulanan pembiayaan) tidak tertunggak melebihi 90 hari
  3. Hutang dengan bank dibawah seliaan Bank Negara sahaja. Ah long tak termasuk ye.
Secara ringkasnya sekiranya anda memohon dan bayaran bulanan hutang anda tidak tertunggak melebihi 90 hari, maka permohonan moratorium anda adalah 100% akan lulus.

Namun sekiranya anda tidak bersetuju untuk mengambil moratorium, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya buat bayaran bulanan pembiayaan/sewa beli seperti biasa.

kredit gambar : edubestari.com


Mohon Moratorium MBSB

Untuk pinjaman peribadi MBSB, anda boleh terus ke laman web MBSB dan cari pautan moratorium. Atau anda boleh terus klik pautan ini untuk terus membuat permohonan.

Selepas isi borang di atas, MBSB akan memaklumkan status kelulusan melalui SMS seperti dibawah.


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, permohonan Moratorium memang 100% akan lulus sekiranya menepati perkara yang ditetapkan iaitu;

  1. Tiada tunggakan bulanan
  2. Membuat permohonan moratorium
  3. Bukan hutang ahlong (syarikat pinjaman wang berlesen).


Mohon Moratorium Public Bank

Cara untuk mohon Moratorium Public Bank pula anda boleh klik di OPT-In Moratorium di pautan yang disediakan dalam laman web public Bank. Kemudian isi borang ringkas dan tekan submit. Lihat gambar dibawah.

Isi borang ringkas untuk mohon Moratorium Public Bank


Pilihan Moratorium Public Bank Finance

Secara ringkasnya, Public Bank menetapkan beberapa pilihan untuk Moratorium 3.0 Pelan Pemulihan Negara ini.
  1. Penangguhan bayaran penuh selama 3 bulan
  2. Bayaran bulanan 50% dari bayaran asal selama 6 bulan.
  3. Penjadualan semula dengan penangguhan ansuran 3 bulan pertama dan pengurangan ansuran bulanan yang ada.
Maksudnya tiada penangguhan bayaran penuh selama 6 bulan. Yang ada potongan 50% bayaran bulanan selama 6 bulan. Itu dah cukup bagus bagi mereka yang memerlukan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat ini boleh terus ke laman web Public Bank Targeted Repayment Assistance

Moratorium Maybank

Untuk peminjam pembiayaan Maybank, anda boleh rujuk file pdf FAQ Moratorium Maybank untuk pengetahuan anda. Kalau menurut pengiraan kadar faedah oleh pakar kewangan, Maybank mempunyai plan yang agak menarik. Mungkin bank-bank lain pun akan lebih kurang sama kiraannya.


Sekiranya anda nak mohon Moratorium Maybank, ada 3 cara yang anda boleh lakukan.
  1. Email permohonan ke maybank.
  2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan untuk memohon.
  3. Hantar permohonan online bermula 20 Julai 2021.
Anda boleh terus klik page pengumuman Moratorium 2021 dari Maybank untuk maklumat lanjut.

Moratorium Bank-bank lain.

Secara amnya, permohonan Moratorium untuk bank lain pun lebih kurang sama. Anda boleh terus memohon dan 100% permohonan anda pasti diluluskan oleh pihak bank. Anda boleh pilih sama ada;
  • Mohon moratorium 6 bulan.
  • Pengurangan Bayaran bulanan pembiayaan sebanyak 50% 
  • Moratorium 3 bulan.
Link untuk mohon moratorium bank-bank lain;
  1. Ambank - Untuk maklumat moratorium ambank, boleh klik sini.
  2. CIMB Bank
  3. Alliance Bank
  4. RHB Bank
  5. Affin Bank Moratorium.
Sebarang soalan anda boleh ajukan di ruangan komen.


Boleh layan video Financial Faiz berkaitan Moratorium personal loan dan pinjaman kereta.

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama