Tempat Makan Sekitar Kota Kinabalu Yang Selalu Saya Kunjungi

Selalu sangat saya nak repeat moment masa saya duduk kat Kota Kinabalu Sabah. Nak rasa suasana tempat makan sekitar Kota Kinabalu yang selalu saya kunjungi.

Saya memang ada tempat makan feveret saya kat sekitar Kota Kinabalu. Dari kawasan One Sulaman, Salut, Indah Permai, Alamesra, Kingfisher dan Kota Kinabalu (semestinya!).

Mana nak mula ye?

Ok, saya sebenarnya bercadang nak bercuti ke Sabah.

To be specific, Kota Kinabalu lah kan?

Kalau nak lebih senang, ambik je Pakej Percutian Ke Sabah. Senang, dan jimat masa. Kepala pun tak pening.

Tempat Makan Sekitar Kota Kinabalu Yang Selalu Saya Kunjungi

Ni plan saya.

Saya nak datang ke Sabah hari bekerja. Tak nak la hari minggu, sebab saya nak jelajah semua tempat makan dengan feel hari bekerja.

Touch down kat Kota Kinabalu hari Ahad petang. Terus cari hotel sekitar Kota Kinabalu.Tapi ada hotel yang murah kat One Borneo (1B), Hotel Courtyard. Kat Hotel Courtyard tu murah. RM80 (walk-in sahaja) untuk 1 malam. Harga tu termasuk sarapan untuk 2 orang.

Murah kan?

Kalau nak lagi murah, ada alternatif lain yang saya boleh cadangkan. Duduk Hostel. Murah, simple.

Hostel mana nak duduk?

Yang saya saya, satu je. Hostel kat area One Sulaman. Nama hostel saya dah lupa.1 malam cuma RM40 untuk 1 katil. Landmark nak cari senang je, kat kawasan One Sulaman tu ada pejabat SPRM Sabah.

Sarapan? Tak pasti pulak. Apa yang pasti kat hostel ni ada coffee corner.

Transport (Sewa Kereta)

Ok, let say saya menginap kat Hostel One Sulaman tu, transport jangan dilupa. Kalau member saya si Azah tu masih bertugas kt KK confirm-confirm dia bagi pinjam kereta dia.

Tapi memandangkan dia pun dah pindah KL, terpaksalah saya sewa kereta je untuk urusan percutian saya kat Sabah ni.

Sarapan Pagi Hari Pertama

Baik, hari Isnin. Saya consider ini hari pertama, walaupun sampai hari Ahad. Awal pagi mestilah dah kena bangun awal. Acah-acah nak pergi kerja.

Nak cari sarapan. Cadangnya nak sarapan kat Restoran Sutera Bayu Alamesra. Memang dekat je dengan Hostel One Sulaman atau Hotel Courtyard.

Menu feveret kat sini? Teh tarik ais dan roti bakar satu set.

Another option is teh tarik ais dan nasi lemak atau nasi campur. Tapi biasanya kalau kat Restoran Sutera Bayu ni saya memang suka layan roti bakar dengan teh tarik ais je.

Memandangkan saya datang kali ni untuk bercuti, memang saya akan bersarapan sampai ke jam 10 pagi hehe.

Ini lokasi Restoran Sutera Bayu :

Makan Tengahari Hari Pertama

Ok setel je sarapan dah kena plan nak makan tengahari kat mana kan?

Tak jauh. Masih kat Alamesra.

Sup Ikan Tomato 🍅.

Ini memang tempat wajib saya lunch setiap hari. Kalau saya datang ke sini, akak yang ambik order cuma tanya camni "nasi atau bihun?"

Kalau saya sebut nasi, maksudnya;
Nasi ayam butter + sup tomato dengan ikan + cili potong tanpa kicap.

Kalau saya sebut bihun, maksudnya;
Bihun Singapore + sup tomato dengan ikan + cili potong tanpa kicap.

Sangat superb!

Tu menu kegemaran saya lah. Ada je menu lain yang related dengan sup ikan dan sup tomato. Dah siap lunch, awal lagi ni. Takkan nak terus cari dinner pulak kan?

Ini lokasi Restoran Sup Ikan Tomato. Bersebelahan dengan Resepi Mama.

Minum Petang Hari Pertama

Ahaaa jom pergi Salut. Makan puding kelapa dengan lokan bakar.

Lokasi berdekatan dengan Politeknik Kota Kinabalu. Tak pun waze je Salut Kelapa Bakar. Terus sampai. Ada banyak kedai yang jual puding kelapa, kelapa Jelly dan lokan bakar ni, pilih je la kedai yang mana berkenan. Semua pun ok.

Tapi kalau saya punya kriteria, mestilah nak kedai yang bersih.

Kedai Abang Amin pun kira ok la kat situ. 

Datang Salut Kelapa Jely ni dalam pukul 3-4 petang la just nice. Jangan lewat sangat, let say pukul 6 petang. Dah gelap.
Lokan bakar.
Puding kelapa, pergh segar sangat.
Ini peta lokasi Salut Kelapa Bakar:

Makan Malam Hari Pertama

Setel je minum petang kat Salut Kelapa Puding tu, apa kata balik rehat kejap kat Hotel atau Hostel bersedia untuk aktiviti makan malam.

Saya kena pastikan kat Salut tu tak melantak banyak sebab malam saya akan pergi ke Gayang Seafood Restoran.

Guess what, dekat je dengan Salut tu, jalan yang sama. Cuma ke atas sikit menuju ke Tuaran.

Sama gak, kalau tak tau jalan, waze je Restoran Gayang. Mesti sampai.

Sejak balik Semenanjung, barulah saya sedar yang makan seafood kat Sabah ni murah gile.

Ye tau, dah ramai orang sebut. Tapi masa kat Sabah dulu, saya tak perasan pun harga murah ni sebab tak pernah ambik tahu. Just makan and bayar.

Sampailah satu peristiwa tu, saya makan seafood kat Bagan Lalang, Sepang. Terkejut tengok harga.

Sebab rasanya mahal sangat. Time tu baru tersedar yang kat Sabah, seafood sangat murah. Ok berbalik kat Restoran Gayang ni. Menu kegemaran saya sudah semestinya;
  1. Udang Butter Kering 500g
  2. Udang Rebus 500g
  3. Ketam Masak Kam Heong 1kg
  4. Nasi
  5. Air Buah.
Udang 500g tu harganya RM17.50 je siap masak ok. Tapi sekarang tak tau la berapa harganya.

Kalau sekali lipat pun still murah kan?

Ok dah, lepas je habis makan malam, takde benda lain saya nak buat biasanya. Balik hotel/hostel dan tidur. Kalau nak lepak pun boleh. Tapi.... Tak yah!

Ini lokasi Gayang Seafood:

Breakfast Hari Kedua

Bangun awal la sikit.

Dalam pukul 5.30 pagi. Buat latihan pernafasan sikit, meditasi sikit. Aktiviti cari makan (food hunting) akan diteruskan hari kedua ni.

Jam 7.30 pagi, start kereta sewa dan shoot terus ke Kingfisher.

Hari kedua, saya nak breakfast Mee Tauhu.

I know right, ada yang dengar je macam tak sedap je kan? Korang wajib cuba!
Mee Tauhu super sedap. 

Mee Tauhu ni sangat sedap. Nama kedai ni Mee Tauhu Sedap. See guys, nama kedai pun dah sedap. Belum makan lagi.

Mee tauhu ni ada rasa-rasa pedas sikit. Pekena dengan teh o ais lemon. Gabungan yang best. Tauhu tu boleh custom, nak tauhu bakar dan tauhu biasa atau mana-mana yang korang suka.

Ini lokasi restoran Mee Tauhu Sedap di Kingfisher:


Lunch Hari Kedua

Kat kedai Mee Tauhu Sedap tak best kalau nak lepak lama.

So siap je makan sarapan pagi tu, terus la balik Hostel. Boring je lepas makan balik hostel kan?

Eh kena paham tau, aktiviti saya cuma nak food hunting je kat sekitar Kota Kinabalu Sabah ni. hehe.

Makan tenghari, masih lagi kat kawasan Alamesra. Eh dah memang dulu pejabat tempat saya bekerja area situ, maka kat situ la tempat makan yang saya selalu kunjungi.

Ok berbalik cerita makan tengahari. Nama kedai Resepi Mama.

Bersebelahan je dengan Sup Ikan Tomato yang saya lunch tengahari hari pertama tu. Takkan la nak repeat lagi kedai yang sama kan? So tukar angin sikit.

Kat restoran resepi bonda ni, layan nasi ayam penyet. Portion dia banyak. Ayam pun besar.

Owh jangan lupa order pisang goreng kat booth gerai yang ada kat situ. Layan.

Kat sini boleh la lepak lama sikit. Walaupun konsep restoran Resepi Bonda Alamesra ni macam kedai makan biasa, tapi boleh la untuk lepak usha budak UMS (Universiti Malaysia Sabah) makan kat sini.

Ini lokasi restoran Resepi Mama:

Minum petang Hari Kedua

Kalau dah puas lepak tu, balik la ke hostel. Nanti petang sikit nak pergi minum petang pulak.

Minum petang hari kedua ni, saya pergi ke Kota Kinabalu.

Ada satu restoran ni, Restoran Tigris namanya (kalau belum berubah nama) kat area Api-api centre. Belakang Hotel Promenade. Makanan semua average, harga berpatutan, Sedap tapi takdelah buat saya termimpi-mimpi.

Tapi apa yang membuatkan saya nak minum petang kat sini adalah sebab kat restoran ni ada ban (Bun/roti).

Yes brother, bun dia punya la lembut dan ada 3 perisa.
  1. kacang hitam
  2. kelapa
  3. butter milk
Feveret saya? Bun Butter milk!

Bun Butter milk disulam dengan teh o ais lemon (minuman kegemaran saya) memang padu!

Segar!

Bun ni dapat 2 ketul pun ok dah. Puas.
Bun Butter milk Tigris.


Sambil tu kalau lapar, boleh la order masakan goreng-goreng yang lain kat sini. Tapi ingat, malam ni ada aktiviti makan malam.

So berpada-padalah. Bun butter milk 2 biji sudeyy....

Lokasi Cafe Tigris ni :

 

Makan Dinner Hari Kedua.

Setel je minum petang, dalam jam 4 petang tu terus la ke Tanjung Lipat.

Lepak kat sini tengok orang lalu lalang (ada ke orang lalu lalang hari week days? hehe).

Tunggu sampai lapar datang. Sebab kejap lagi nak makan dinner dah.

Tanjung lipat ni pantai. So boleh la tenangkan fikiran sikit kat sini. Kalau nak joging pun boleh, memang ada track joging kat sini.

Bila malam menjelma, jom pergi ke kedai makan area Todak. Orang sini panggil Todak Waterfront.

Kat sini banyak kedai makan seafood yang tak kurang hebatnya. Tak payah pergi ke Anjung Senja, sebab bagi saya personally, kat Todak ni lebih best.

Lokasi?

Berdekatan dengan Pasar Pilipin, bersebelahan dengan Suria Sabah (Shopping Mall) dan berhampiran dengan Hotel Hyatt.

Kat sini pilih je mana kedai yang berkenan. Murah dan sedap jugak. Dan orangnya peramah.

Lokasi Todak Waterfront:


Jadi cukuplah 2 hari saya sediakan tempat dan kedai makan paling best sekitar Kota Kinabalu.

Nanti saya sambung lagi untuk hari ke-3. Kali ini kawasan tempat makan akan bertumpu kat kawasan Bandar Kota Kinabalu dan Putatan.

Share jika anda rasa artikel ni bermanfaat.

Oh, tinggalkan komen sekiranya anda tak sabar nak ke Sabah.



4 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. Terima kasih atas perkongsian. Menarik juga Trip ke Kundasang ni.

    BalasPadam
  2. Tqsm .sgt bermanfaat ..moga perjalanan sy dipermudahkan disana..

    BalasPadam
  3. Terima kasih ye. Nanti saya ke KK, boleh la saya pergi ke tempat yg dicadangkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama