Punca Nombor Kena Banned oleh Whatsapp, Baik Elakkan.

Kalau nombor tak boleh guna untuk Whatsapp, ini adalah kerana anda tidak tahu punca nombor kena banned oleh Whatsapp.

Masih ada yang tak mengaku dah langgar terma dan syarat Whatsapp bila akaun kena banned. Diaorang rasa tak buat apa-apa kesalahan. Sebenarnya mereka ni tak tahu punca Whatsapp kena banned.
Nombor disekat menggunakan Whatsapp.


Kalau dulu ada kes banned beramai-ramai secara berjemaah pengguna Whatsapp yang telah diubah suai (Modded Whatsapp).

Kalau tak silap Whatsapp plus ke apa.

Tak lain dan tak bukan, secara judgementalnya saya anggap sebab Whatsapp plus ni tak jaga base dia untuk sync dengan Whatsapp Official.

Memang kantoi la dengan Whatsapp Inc.

Urang Sabah cakap kedapatan.

Punca Nombor Kena Banned oleh Whatsapp

Bagi saya Whatsapp adalah tools, tapi kita perlu jaga adab dalam menggunakan tools yang memudahkan kerja kita.

Selain menggunakan Apps yang stabil (modded Whatsapp), tatacara menggunakan Whatsapp juga perlu betul.

Antara punca Whatsapp kena banned adalah; (Tak kiralah Whatsapp Official atau Modded Whatsapp)

  1. Hantar mesej secara pukal kepada user yang tak save nombor kita. (Bukan broadcast)
  2. Diblok oleh user Whatsapp lain dalam jangka masa yang dekat. Ni kes broadcast kat siapa-siapa ntah, udahnya diblock. Padan muka.
  3. Buat group, pastu masukkan orang yang tak save nombor kita dalam contactnya.
  4. Hantar mesej kepada ramai orang (walaupun orang tu save nombor kita). Kena broadcast beb. Bukan select satu persatu. Tu cari pasal namanya.
  5. Gunakan profile picture yang tak senonoh (lucah, kejam, dll). Ini rare case.
  6. Guna Whatsapp modify yang tak stabil macam OG Whatsapp, Whatsapp plus. Nak yang stabil? Baca pasal GB Whatsapp.

Ok, sekarang korang dah tahu punca-punca Nombor korang kena banned oleh Whatsapp.

Camna pulak nak dapatkan balik nombor yang kena banned?

Tengok video ni. Saya ada terangkan secara ringkas bagaimana korang boleh recover balik nombor yang kena banned dengan Whatsapp.

Tolong gunakan Whatsapp dengan cara yang betul.

Jangan 'rosakkan' environment chat messaging popular kat Malaysia ni.

Comments

  1. Sure or not cr nak unbanned tu. Sbb fon saya bila saya masuk no baru. .No tu pom dh di banned sekali

    ReplyDelete
  2. Tolong cam ne nak unbanned. Wasap sape bleh tlong ajar try buat macam kat video tuu x jadi laa...

    ReplyDelete
  3. saya pon kena banned jgk, dah beli number baru pon kena banned lagi sampai 4 number dah kena banned.. macam mana ni? tolong bagitau saya cara betul2 berkesan..tq

    ReplyDelete
  4. Bro aku x pernah bt apa2 marketing or spam mesej2 yg x patut tapi aku ttap kena ban..
    Sbelum aku kne ban aku dpt banyak mesej kod pengesahan whatsapp dalam tulisan chinese dan kod tu yang sama ja. Mcm harini kod 123456 esk pun akn dapat 123456.. n aku x pernah mohon untuk kod pengesahan tu aku just ignore la tp harini ttba wsap aku x blh on n trus kena ban. Td jam 1 pm wasap aku x blh on tp still x dapat mesej kena bann tp pkul 2 td aku try login kna ban knapa ya

    ReplyDelete
  5. Ya allah...sy jgak kena banned betol2 serabut kalo jadi mcm ni...sahabat2 tolong ajak kan sy...bantuan sahabat amat diperlulan

    ReplyDelete
  6. Tolong saya masih lagi dibans

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.