Minyak Hitam yang Sesuai Untuk Yamaha R15 V3

Pemilihan minyak enjin ni memang sangat subjektif bagi setiap individu. Lain orang lain pendapatnya. Jadi saya pun antara yang ada pendapat sendiri untuk minyak hitam yang sesuai bagi Yamaha R15 V3.


{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Minyak Hitam yang sesuai untuk Yamaha R15 V3

Biasanya yang ada pendapat minyak enjin mana yang terbaik ni dia ada pengalaman sendiri.

Motorex Untuk KTM

Kalau ikut pengalaman saya, start dari KTM RC 200 saya agak particular dengan pemilihan minyak enjin. Masa ada KTM RC dulu, memang selalu servis guna minyak Motorex. Memang jenama yang sangat sinonim dengan KTM.

Hi-REV for Scooter Untuk Modenas Elegan 250

Seterusnya masa guna Modenas Elegan 250, saya tak kisah minyak mana pun asalkan saya kerap tukar ikut jadual.

Tapi masa tu, pengguna Elegan lain (ahli group) sarankan untuk guna Minyak Platinum Oil.

Katanya enjin terasa gebu.

Jadi dalam minda saya dah melekat dengan perkataan, minyak enjin Platinum Oil, untuk enjin menggebu.

Saya tak guna pun minyak Platinum Oil sepanjang setahun saya guna Modenas Elegan 250 (mileage dah 24,000km) sebelum motor tu dijual dan beli Yamaha R15.

Platinum Oil Untuk Yamaha R15

Servis pertama Yamaha R15, saya guna minyak Y******E. Tak sampai 2000km, enjin terasa kasar sangat. Kebetulan dalam group Whatsapp, ramai tak rekemen minyak tu.

Terus saya teringat group Modenas Elegan yang kata minyak Platinum Oil boleh gebukan enjin. Saya cari orang yang jual minyak tu.

Saya tanya dia, boleh tak Platinum Oil ni guna kat Yamaha R15?

Platinum Oil 10W-40 boleh beli kat Lazada 

Dia cakap, boleh sangat. Ramai rider Yamaha R25 yang guna minyak ni dan repeat order. Saya pun terus beli dari dia untuk guna Platinum Oil ni kat Yamaha R15 masa next service nanti.

Cukup je mileage Yamaha R15 saya cecah 3000 km (Untuk second service) saya guna Platinum Oil.

Fuh, memang terbaik, enjin Yamaha R15 saya yang mula rasa kasar start service pertama tu, dah jadi gebu lepas guna Platinum Oil.

Dan sekarang ni, nak masuk service ketiga (dah cecah 5300km) pun enjin masih terasa gebu. Jadi untuk pengguna Yamaha R15, saya rekemen untuk guna minyak enjin Platinum Oil yang korang boleh beli online kat Lazada.




Kilometer dan Isipadu sesuai Yamaha R15.

Sebelum saya buat servis motor untuk Yamaha R15 untuk kali pertama, saya pastikan betul berapa liter diperlukan untuk sekali tukar minyak hitam.

Selain tu, saya juga rujuk kat buku manual Yamaha R15 ni berapa jarak kilometer yang saya perlu servis motor ni.

Motor Yamaha R15 perlukan lebih kurang 950ml je minyak hitam baru setiap kali servis. Maksudnya 1 botol pun dah cukup kalau tukar minyak hitam sekali dengan oil filter.

Kalau tak tukar oil filter (ada ke orang tak tukar?), lebih kurang 850ml je setiap kali tukar minyak hitam.
sumber buku manual Yamaha R15
Kadar jarak kilometer untuk penukaran minyak enjin Yamaha R15.

Sekali lagi saya beruntung, sebab kos maintenance Yamaha R15 ni tak semahal motor lain yang gayanya sekelas.

Dulu pun maintenance Modenas Elegan 250 pun cuma perlukan 1 botol je setiap kali servis minyak enjin.

Cadangan Minyak Enjin / Minyak Hitam Lain yang terbaik

  1. Petronas F700 15W-50 - Sesuai untuk yang long-ride setiap hari.
  2. Liqui Moly

Petronas F700 sesuai untuk jalan jauh setiap hari.

Apa pun, anda sendiri tahu minyak enjin mana yang sesuai untuk jentera anda. Hehe..

Saya kat sini hanya bagi cadangan berdasarkan pengalaman dan perkongsian rakan-rakan permotoran yang lain.

14 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. I st time nk guna r15, kalau buang ekor tuu blh kene sama tak. ..jpj dan polis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi nombor plat dipamirkan mengikut saiz standard. Peratus kena saman tu rendah.

      Padam
  2. ad mnyak 15w-50 yg drcmmend untuk r15 tk bossku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memang guna 15w-50 sekarang ni. Petronas Sprinta F700.

      Padam
    2. Saya recommend Petronas Sprinta F700 untuk R15 V3, kerja R15 saya ni bergrab setiap hari. 3000 km pun masih gebu bunyinya. Bila servis pada mileage 3000km,minyaknya tidak berapa gelap. Oil filter juga masih nampak kekuningan.

      Padam
  3. Pm...kita main rembaihh jaa bru kuaw 3 hari lpas konvoi da jdi 1 ribu kilometer patut time 120 cc ke atas jd kasar..fuh...so platinum oil mmg gebu?

    BalasPadam
  4. Platinum oil ni fully ke semi..?

    BalasPadam
  5. Saya first nk tukr minyk hitam tapi x tahu nk pakai jenama ape dia kata kena pakai jenama yamahal**e

    BalasPadam
  6. Nak tanya laa servis pertama 1000km kne tukar minyak hitam kan.minyak hitam ape yg terbaik untuk motor sye yg setiap hari buqt pergi keje.

    BalasPadam
  7. Dulu mula-mula masing2 nak minyak best.. saya guna Platinum.. mmg best.. tapi lama2 pakai Petronas F700 je.. dah ok sangat. yang penting tukar on time.

    BalasPadam
  8. I guna R15 ....MOTUL MINYAK PELINCER BAGUS ATAU TIDAK ....BOSSKU ADVICE SIKIT

    BalasPadam
  9. Kalau botol hitam 15w-50 bole ke

    BalasPadam
  10. Terbaeeeek perkongsian anda! Boleh try minyak Benzol Gold Performance 10w40 atau 15w50 formulasi teknologi German.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama