Jadikan blog sebagai aset, affiliate Lazada dan Shopee

Apa guna ada blog, tapi sekadar blog. Jadikan blog sebagai aset.

Aset tu maksudnya ada aliran duit yang masuk asbab blog ni.

Kalau takde aliran tunai, blog cuma sekadar blog je lah.

Apa guna ada blog tapi takde cash flow?

Apa guna trafik pelawat blog juta-juta tapi tak bagi cashflow?

Jadi, apa motif ada blog kalau sekadar syok sendiri?

Itu yang saya rasa 2-3 tahun kebelakangan ni.

Hari-hari bangga ada trafik banyak masuk blog.

Kalau ada adsense, ok la jugak. Masyuk.

Ni jenis yang takde adsense? Takkan nak give up?

Come on, adsense bukanlah satu-satunya cara untuk dapat duit dengan blog.

Ada banyak.

Biar saya dedahkan salah satunya dalam artikel ni.

Affiliate.

Kalau luar negara tu, affiliate dah biasa sangat dah.

Kat Malaysia je masih belum dikenali sangat.

Kalau kat luar negara, affiliate produk fizikal popular untuk blogger/vlogger adalah Amazon.

Clickbank pun popular jugak. Seluruh dunia guna clickbank untuk affiliate produk digital.

Korang cek balik post-post korang dalam blog.

Trafik datang ke artikel yang mana?

Artikel tu menjurus kepada produk digital atau produk fizikal?

Kalau artikel korang hanya artikel review semata, sayang sekali.

Korang perlu aktif lagi buat perkongsian yang melibatkan produk fizikal ataupun digital.

Once dah dapat tentukan kategori artikel korang tu (menjurus produk fizikal atau digital) boleh la daftar kt program affiliate yang sesuai.

Let say korang banyak kongsi pasal peralatan rumah. Cara guna ke, unboxing ke, harga ke, then korang wajib guna affiliate lazada.

Tapi, affiliate lazada ni dah tak boleh register akaun baru (ketika artikel ini ditulis).

Tapi still korang boleh guna link affiliate lazada untuk diletakkan dalam artikel korang.

Bukan affiliate lazada je, korang nak promote guna link affiliate shopee pun boleh.

Teruja kan?

Banyak lagi. Caranya korang kena daftar akaun kat involve Asia.

Involve Asia ni kira satu platform untuk korang buat atai generate link affiliate Lazada atau Shopee atau merchant-merchant lain.

Dengar cerita merchant Jenamalokal pun akan disenaraikan dalam InvolveAsia.

Wow!

Makin meriah la camni.

Pandai merchant-merchant ni collaborate dengan Involve Asia. Sebab akan ada ramai orang tolong promote produk jualan diaorang nanti.

Mostly blogger la.

Jadi pergi ke analytic blog korang sekarang dan periksa semua artikel.

Mana tau ada banyak trafik. Boleh la selit link affiliate Lazada atau Shopee.

Dah. Kalau nak tau step daftar Involve Asia untuk link affiliate Lazada ngan Shopee, baca artikel saya ni.

Boleh kaya dengan cara ni?

You do the math.

At least boleh la tambah-tambah duit untuk beli prosperity bege.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama