Kos Maintenance Yamaha R15 Untuk Daily Commute - Adzril Bloggertalk

Monday, 13 May 2019

Kos Maintenance Yamaha R15 Untuk Daily Commute

Antara faktor saya pilih Yamaha R15 adalah kerana designnya. Sebab lain? Kos Maintenance Yamaha R15 untuk daily commute yang rendah dan mudah.
Service motor di bengkel Sendayan motor.

Kalau sebelum ni, saya pakai KTM RC 200, setiap 5000KM perlu tukar minyak hitam.

Dengan R15 perbatuan lebih singkat.

Saya pilih untuk buat servis minyak enjin setiap 3000KM.

Yang mana kekerapan bertambah.

Kos Maintenance Motor R15 vs KTM RC

Kalau dulu masa guna KTM RC, setiap kali 5000KM, kos yang saya perlu keluarkan untuk servis motor adalah RM116.

Ini merangkumi;

  1. tukar minyak enjin (Jenama Motorex)
  2. oil filter
  3. upah


Sekarang, sejak pakai Yamaha R15, kos maintenance lebih murah.

Walaupun jarak perbatuannya adalah 3000KM, saya hanya perlu keluarkan kos dalam RM50 sahaja.

Ianya merangkumi;

  1. tukar minyak enjin (jenama Petronas Sprinta F700)
  2. oil filter
  3. upah
Saya gunakan minyak enjin Petronas Sprinta F700 sebab lagi murah berbanding minyak hitam Platinum Oil untuk Yamaha R15 saya.

Kos Kategori Jarang-jarang


Untuk setiap 20,000KM, R15 perlu membuat valve clearance check.

Kos untuk maintenance valve clearance adalah RM70-RM100.

Kos-kos ini boleh dikategorikan sebagai kos yang jarang tapi perlu diambil tahu.

Sebab nanti bila dah tiba masa takdelah terkejut pulak nak membayarnya.

Dengan nak tukar tayar lagi.

Dah 20,000KM mesti lah tayar dah haus.

Rantai dan sprocket pun dah kena tukar.

Spark plug?

Yes, spark plug pun kena tukar.

Selain dari kos maintenance untuk kategori yang jarang tu, R15 boleh dikategorikan motor dengan maintenance yang rendah.
R15 motor paling berkualiti.


Selain tu, R15 telah dikategorikan sebagai motor yang paling berkualiti diantara motor lain sekelasnya.

Bangga jap.

Boleh baca artikel tu kat sini.

Jadi pada meraka yang masih ragu-ragu nak sambar ke tak Yamaha R15 ni, elok lah sambar je tanpa ragu.

Memang terbaik.

Share with your friends

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.