Plan Servis Honda Civic FC 1.8 Vtec - Adzril Bloggertalk

Tuesday, 18 June 2019

Plan Servis Honda Civic FC 1.8 Vtec

Macam yang saya bagitahu kat artikel Review Honda Civic FC Baru, jangan ingat kita mampu beli kereta ni je tapi kena pastikan kita mampu jugak untuk bayar road dan insuran dan yang penting.. mampu untuk hantar servis setiap 10,000KM.

Kenapa saya buat artikel servis Honda Civic FC 1.8 bukan 1.5 Turbo?

Sebab yang 1.8 jadualnya dah tetap.

Tak macam 1.5 Turbo yang kadang-kadang kena servis awal dari jadual yang ditetapkan sebab penggunaan Turbo tu.

Saya ada jelaskan perkara ni kat artikel saya bertajuk Kos Servis dan Maintenance Honda Civic FC.

Ok, saya punya rujukan adalah jadual yang diberikan oleh pihak Honda sendiri untuk servis model Civic 1.8.
Jadual asal dan terkini boleh dilihat di laman web Honda bahagian Civic

Kalau saya tengok dalam jadual tu, perbatuan dalam jadual adalah sehingga 200,000KM.

Jadi saya boleh bahagikan harga kos servis setiap 10,000KM mengikut harga yang ditetapkan dalam jadual saya sendiri.



Perbatuan (KM)
Kos (RM) yang perlu dikumpul setiap 1000KM sebelum tiba waktu servis 10,000KM seterusnya
10,000
21.70
20,000
27.45
30,000
31.00
40,000
42.55
50,000
21.70
60,000
38.15
70,000
21.65
80,000
42.54
90,000
31.00
100,000
58.60
110,000
61.70
120,000
75.50
130,000
21.70
140,000
27.45
150,000
42.10
160,000
42.54
170,000
21.65
180,000
52.51
190,000
21.65
200,000
104

Setiap kali mencecah 1000KM, saya perlu buat simpanan sebanyak 0.1 kali dari jumlah harga sebenar kos servis.



Dengan cara ini saya dapat pastikan duit saya disalurkan pada servis kereta bila tiba waktunya.

Ada kos lain?

Ada.

Road tax dan insuran.

Saya ambil rough figure, roadtax dan insuran RM3000 dalam setahun.

Jadi saya perlu menyimpan RM3000 khas untuk roadtax dan insuran sahaja setiap bulan.

RM3000/12
= RM250 setiap bulan.

Jadi kos pemilikan Honda Civic 1.8 ni agak kasar jugak lah.

Kalau dikira, bayaran bulanan yang lebih kurang;
RM1200 (ansuran bulanan)
RM250 (simpanan untuk roadtax dan insuran)
RM30 (persediaan untuk kos servis kereta)
RM1480 (jumlah keseluruhan, belum termasuk minyak dan tol lagi).

Cukup bab kos penggunaan Honda Civic 1.8 dalam sebulan.

Jadi anda boleh tepuk dada tanya poket.

Tambahkan income bulanan. Pastikan anda mempunyai beberapa aliran tunai selain gaji untuk pastikan kehidupan selesa.

Subscribe channel Youtube saya Adzril Bloggertalk.

Saya akan kongsikan Rahsia Aset Selain Hartanah (RASH) yang boleh bantu anda untuk tambah saluran pendapatan anda.

Bagi yang nak beli Honda Civic FC yang baru dengan harga diskaun boleh Whatsapp saya 0104459575.


Share with your friends

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.