Idea Gila Untuk Marketing Bisnes Travel - Adzril Bloggertalk

Monday, 11 November 2019

Idea Gila Untuk Marketing Bisnes Travel

Banyak gila idea baru untuk pemasaran bisnes kalau kita rajin tengok cara orang luar buat. Salah satu contoh saya baru dapat ilham untuk satu idea bisnes travel selepas tengok video orang putih.

Terus terang saya katakan kat sini, untuk bisnes travel persaingan memang sengit.
Idea bisnes perlu selalu berevolusi dan ianya memang sentiasa berevolusi. 

Idea Marketing Tepu

Macam-macam caralah owner bisnes akan buat untuk bisnes mereka timbul dari kalangan semua pesaing yang ada.

Fb ads dah buat, sponsorship selebriti dah buat, Google Ads pun sama. Blog marketing pun dah memang perkara wajib buat (Ini kepakaran saya).

Dalam banyak-banyak method yang saya sebut tadi, semua pemilik bisnes tengah rancak bina konten berkualiti. Kualiti dan kuantiti.

Tapi bila semua orang buat benda sama, marketing cara camtu mungkin boleh tepu.

Sebelum teknik tu tepu, cepat-cepatlah kita jadi tikus yang tak sentiasa cari peluang (Who Moved my Cheese?). Buat kelainan.

Pastikan Idea tu ada Impak. Research dulu

Tapi, jangan pulak buat kelainan yang takde impak. Nampak macam lain, macam power, tapi eh rupanya hanya sia-sia. Saya panggil marketing syok sendiri.

Ok camni ideanya.

Cari influencer dari kalangan Youtuber. Tak perlu yang famous sangat (Subscriber banyak) pun takpe. Asalkan videonya ramai tontonan.

Ready untuk spend cash untuk 1 kempen.

Rancang dengan Youtuber tu untuk mereka buat video Vlog "Social Experiment"

Kenapa kena guna konsep Social Experiment? Nanti saya terangkan dalam artikel yang lain.

Perancangan Yang Teliti Diperlukan

Saya bagi contoh yang terfikir dalam kepala otak saya sekarang ni.

Task:

Youtuber akan cari siapa-siapa yang berminat untuk bercuti besama mereka ke destinasi percutian yang pemilik bisnes melakukan bisnes.

Let say owner bisnes menyediakan pakej percutian ke Sabah. Jadi Youtuber secara kreatifnya (idea ini boleh di brainstorming lagi) akan cari sesiapa pun untuk bercuti besama mereka.

Dan semua ini perlu direkodkan (Vlogging).

Ideanya simple.

Tapi perlaksanaannya mesti la dirancang dari;
  1. Cara untuk dapatkan strangers tu
  2. Siapa yang patut dipilih (kriteria)
  3. Kos yang bakal terlibat (tiket, makan, tempat tinggal, kenderaan)
  4. Isu keselamatan sepanjang kempen (Vlogging) berjalan.
  5. dan lain-lain isu yang perlu.


Adakah idea ini syok sendiri?

Ianya subjektif. Mungkin Ya mungkin tak.

Saya personally masih belum validate idea ini untuk marketing.

Tapi apa yang saya lihat, trend "Social Experiment" ni sangat popular di luar negara dan ianya bersifat evergreen.

Impak Kempen

Untuk kempen ni, ianya adalah win win win situation untuk pemilik bisnes, vlogger dan orang yang terpilih.

Pemilik bisnes akan dapat awareness dan pendedahan kepada penonton yang tengok video vlog. Manakala Youtuber dapat view dan bercuti (kena buat kerja lah).

Dan.. orang yang terpilih dapat percutian yang tak disangka-sangka.

Ini bukanlah originally idea saya. Idea ni terilham lepas saya tengok video Channel Yes Theory kat Youtube. Yang mana mereka secara impromptu ajak strangers kat Airport untuk bersama-sama cuti dengan mereka ke mana-mana lokasi yang stragers tu nak. Dengan syarat strangers tu batalkan next flight diaorang dan ikut mereka on the dot.

Ini konten yang next level brooo...

Untuk perancangan dan idea lain. Boleh la hubungi saya untuk dapatkan idea. Saya bukanlah pemilik bisnes. Tapi saya selalu bereksperimentasi dalam strategi pemasaran menggunakan blog.

Tapi ingat, sekiranya ianya tak berbaloi untuk bisnes anda, jangan buat. Namun sekiranya idea ini berbaloi untuk bisnes anda, count me in. Ecewah!

*Idea ini hanya ilham yang saya dapat selepas menonton video. Tiada sebarang kajian terperinci mengenai impak dan kesan terhadap bisnes.

**Saya memandang idea ini dari perspektif marketing selepas menonton Video yang saya maksudkan dalam artikel diatas.

Share with your friends

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.