DIY Tukar Cartridge Water Filter Cuckoo dan Coway Sendiri, Apa yang kita perlu tahu

Ada sesetangah orang tak kisah pun pasal keperluan penapis air. Bagi saya yang agak particular bab-bab bendasing yang ada dalam air memang tertarik dengan topik tukar cartridge water filter cuckoo dan coway sendiri.

Sebenarnya ramai orang tak nak sambung adalah disebabkan tak nak komitmen dah. Tapi lupa yang kita perlu minum air setiap hari. Jadi atas dasar itulah saya cuba kongsikan apa-apa dapatan dan pendapat saya berkaitan tukar cartridge water filter Cuckoo atau Coway yang saya faham.

Tapi sebelum saya laksanakan projek ni, saya memang terfikir beberapa perkara antaranya;
  1. Mana nak cari cartridge water filter yang halal?
  2. Saiz cartridge yang mana perlu saya beli?
  3. Apa pendapat ejen cuckoo dan Coway berkaitan perkara ini?
Boleh beli Penapis Air Cuckoo di Shopee {alertWarning}

Semua persoalan tu memang lah tinggal persoalan lagi-lagi yang nombor  3 tu. Tapi untuk soalan 1 dan 2, saya ada jumpa beberapa info dari perkongsian di Facebook berkaitan DIY tukar cartridge water filter Cuckoo atau Coway sendiri.
topik ini dibincangkan dalam group tukang apa harini

Saya percaya sejak bisnes Water Filter mula jadi fenomena di Malaysia, ramai yang sudah melepasi tempoh sewaan water filter sama ada dari jenama Coway atau Cuckoo. Kebanyakan dari mereka tak nak sambung bayaran atau caj perkhidmatan selepas tempoh matang tu. Tak nak komitmen katanya.

Ada pulak sesetengah pihak (macam saya) melanggan unit water filter baru berbanding trade in. Unit water filter lama tu tak tahu nak buat apa, simpan je lah dalam stor. Memandangkan unit ke2 dan ke3 saya pun dah nak sampai tempoh matang, saya pun terfikir adakah saya akan teruskan sewa unit baru lepas ni?

Ngam-ngam tengah terfikir, viral pulak topik DIY tukar cartridge water filter kat Facebook. Katanya lebih menjimatkan. Wow!

Tapi timbul pulak isu halal haram pada bahan cartridge itu diperbuat. Yang mana dari pembacaan saya, yang perlu diperhatikan cartridge yang boleh jatuh haram adalah cartridge yang seramik tu yang biasanya diperbuat dari tulang binatang.

Itulah yang menjadi isunya.

dah juga kualiti.

halal haram water filter

Salah seorang brother ni berkongsi secara ringkas berkenaan cartridge water filter. Katanya nama cartridge yang gunakan bahan halal atau haram tu adalah Activated Carbon Filter. Cartridge ni kiranya antara filter terpenting yang menentukan rasa air yang ditapis.

Secara kesimpulan ringkasnya, boleh lah nak DIY water filter kat rumah tu. Tapi kena pastikan untuk filter Activated Carbon tu perlu diteliti bahan yang digunakan.

Pastikan ianya diperbuat dari coconut base, atau coal base (arang).
  • Coconut base - Rasa macam buah kelapa la agaknya air yang ditapis.
  • Coal base - Tiada sebarang rasa.
Beli Filter (Cartridge) Water Filter Cuckoo kat Shopee. {alertInfo}

 

Atau tak perlu pasang activated carbon filter tu langsung. Gantikan dengan Ultra Filteration filter terus.

Apa macam saya dapatkan keputusan nak buat sesuatu perkara? Guna fb dan google je. hihihi! Boooo~

Seterusnya, sekiranya anda dah berjaya membeli sendiri kesemua water filter baru dan menggantikan yang lama, macamana dengan maintenance atau servis water filter tu nanti? 

Sudah tentulah kena buat sendiri jugak. Dah kita tak nak bayar kat Cuckoo atau coway, maka jadilah technician untuk water filter yang kita ganti sendiri tu tadi. Tu lah, lain kali kalau technican Cuckoo atau Coway datang nak servis water filer, temankan dia. Jadi kita tahulah apa yang perlu dibuat bagi kerja-kerja servis water filter ni.

Cara Servis Water Filter

Biasanya asas maintenance untuk water filter ni (kesemua/kebanyakan) adalah membuat backwash.

Backwash ni kiranya kita reversekan aliran air untuk mencuci filter. Secara ringkasnya, outlet (paip) perlu ditutup, dan valve backwash perlu dibuka untuk air mengalir keluar selama beberapa minit sambil membersihkan keladak yang melekat sekitar cartridge.

Untuk sistem Cuckoo atau Coway, kena perhatikan lah camna ianya berfungsi. Tapi konsep backwash ni sama je. Asasnya alirkan air secara terus/reverse untuk membersihkan kotoran dalam water filter. Kalau dah faham konsep ni, insyaAllah boleh faham proses mencuci water filter anda sendiri.


Kadar pertukaran filter pun bukan selalu. Yang penting rajin buat backwash sebulan atau 2 bulan sekali. Alaahhh, ikut jadual techician Cuckoo atau Coway tu lah.

Jadi itu lah serba sedikit yang saya dapat dari facebook yang menjawab beberapa persoalan saya kat atas tu tadi.

Boleh buat sendiri insyaAllah, cuma saya kena pastikan berapa saiz water filter yang ada kat rumah tu dan jenisnya. Sekiranya anda ada pendapat berkaitan topik ni, apa kata tulis kat ruangan komen.

5 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. apa kemungkinan bila dah tukar, air yg kita xuba flush jadi hitam. ya?

    BalasPadam
  2. En ade buat servis servis cuckoo ke.. Kalo ade sy berminat guna khidmat en 0182521000 no sy. Tq.

    BalasPadam
  3. Info yg sangat berguna.. terima kasih..kalau ada buat service penapus air .. bgtaulah tq

    BalasPadam
  4. Memerlukan perkhidmatan servis ni ,ada ker?(kontrsk dah tamat)

    BalasPadam
  5. kalau sk magic boleh ke?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama