Moratorium PKP 3.0 Apa cerita ni?

 Dengar cerita PM ada umumkan bantuan untuk PKP 3.0 ni. Yang paling popular adalah moratorium. Tapi ada berita yang kedengaran macam tak best pasal moratorium kali ni.

Memandangkan ramai yang terkesan dengan pandemik kali ni, isu moratorium ni saya rasa yang paling dapat perhatian ramai. 

Ada yang nasihatkan jangan ambil Moratorium PKP 3.0 ni sebab banyak hidden charges. Ada Bank (tak boleh sebut kat sini), jumlah interest RM15k jadi RM22k sekiranya bersetuju ambil moratorium. Isunya adalah persetujuan dari peminjam berkaitan pinjaman yang dibuat.

Ada beberapa cadangan yang dikemukakan yang saya rasa agak menarik. Antaranya adalah, bagi mereka yang bersetuju menerima moratorium ini secara automatik, mereka tidak perlu membayar pinjaman untuk bulanan mereka (kenderaan atau hartanah).

Atau,

Bank boleh menyediakan agreement (persetujuan) baru bagi moratorium ini yang boleh ditandatangi secara online. Ini bagi mengekang kesesakan dan menjaga SOP semasa situasi sekarang ini.

Namun apa yang penting, pihak bank memaklumkan secara jelas kepada para pelanggan sebelum mengambil mana-mana tindakan berkaitan moratorium ini. 

Saya sendiri kadang-kadang terkeliru dengan SOP-SOP yang sering berubah, inikan pulak peraturan-peraturan bantuan (moratorium) yang masih sangat baru diumumkan. Jadi apakah pendapat anda berkaitan moratorium ini?

Setelah meneliti dan membuat kira-kira, saya berpendapat adalah digalakkan untuk kita mengambil moratorium. Tak dinafikan bank akan panjangkan tempoh pembayaran dan dikenakan faedah. Tapi apa yang kita tak nampak adalah jumlah pembayaran bulanan yang lebih rendah berbanding bayaran bulanan asal.

Menurut pakar kewangan, 100% daripada mereka menggalakkan orang yang ramai mengambil peluang moratorium ini untuk mempunyai pegangan tunai dalam tangan. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang yang tak menentu, tunai ditangan adalah penting. 

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama