Cara Beli Nombor Plate F (Putrajaya) di JPJ. FA, FB, FC dan MALAYSIA - Adzril Bloggertalk

Monday, 24 June 2019

Cara Beli Nombor Plate F (Putrajaya) di JPJ. FA, FB, FC dan MALAYSIA

Ada yang tertanya, bagaimana cara dan apa syarat-syarat untuk dapatkan no plate Putrajaya? Ada yang ingat perlu duduk atau menetap di Putrajaya untuk sekian-sekian tempoh, ada yang beranggapan perlu bekerja di Putrajaya. Tak. Semua warganegara Malaysia boleh memiliki nombor plate Putrajaya untuk motor atau kereta masing-masing.

Untuk menghubungi saya, teruskan bacaan sampai habis.

Saya kongsikan caranya selepas saya berjaya mendapatkan nombor plate FC untuk kereta yang baru baru miliki.

Terkini adalah plate FD.

Jadi saya akan kongsikan pengalaman saya mendapatkan nombor plate Putrajaya.

Salah satu motor kawan saya yang tempah plate FC dengan 3 digit.

Book Nombor Plate F (Putrajaya) di JPJ Putrajaya

Saya berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Galeria Putrajaya memandangkan nak beli plate F.

Nota: Kalau nak beli nombor plate selain F, anda perlukan akaun MySikap. Tak boleh guna cara ni. Cara ini khas untuk no plate Putrajaya sahaja.


Ini yang saya dilakukan

  1.  Pergi cek nombor yang ada, JPJ keluarkan 1 cetakan (tebal) yang ada kandungan plate FC. Saya akan pilih nombor yang saya berkenan dan minta pihak JPJ periksa sama ada nombor itu sudah dibeli atau belum.
  2. JPJ maklumkan nombor masih belum ada yang daftar, jadi saya dikehendaki untuk mengisi borang dan sertakan dengan salinan kad pengenalan depan dan belakang. Proses ni agak leceh sebab kena 'berebut' dengan runner.
  3. JPJ akan mengeluarkan Memo Kelulusan. Dalam Memo Kelulusan ini akan dipaparkan harga untuk plate yang saya hendak beli. Harga berbeza mengikut jenis nombor.
  4. Saya bawa memo kelulusan itu ke kaunter pembayaran. Untuk urusan pembayaran ni jenuh sikit sebab beratur panjang bersama orang lain untuk urusan-urusan lain di JPJ.
Nampak macam mudah kan? Tapi tak la mudah sangat. Lagi-lagi plate Putrajaya ni hanya boleh dibook di Putrajaya dan tiada dalam sistem MySikap.

Saya sarankan guna khidmat runner untuk urusan tempahan plate Putrajaya ni. Jimat masa dan tenaga. Saya boleh jadi runner anda.

Cerita saya beli nombor plate Putrajaya

Sekiranya nombor tidak ada, saya perlu pilih nombor lain dan meminta pihak JPJ untuk semak status nombor itu. Sampailah nombor yang dipilih oleh saya itu tersedia untuk didaftarkan.

Dan sekiranya nombor masih avaiable, pegawai JPJ akan maklumkan kembali kepada anda dan meminta anda mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (Pindaan 1/2019) M.V.10A.

Siap je isi borang tu, pegawai tu pergi print detail nombor plate dan detail anda dalam satu memo. Ini yang dipanggil Memo Kelulusan. Dalam memo tu ada tulis tarikh akhir perlu dibuat bayaran.

Lebih kurang 2 minggu jugaklah tarikh dia tu. 
Anda perlu sediakan dokumen yang diperlukan untuk urusan daftar nombor Plate Putrajaya.

Jadi anda perlu bayar secara tunai atau kad debit/kredit kat JPJ dalam bangunan Galeria. Saya dimaklumkan pegawai JPJ kata pembayaran boleh dibuat di mana-mana JPJ. Tapi saya sendiri ada pengalaman JPJ cawangan lain menolak untuk menerima urusan pembayaran ini. Kat sinilah proses nak book plate Putrajaya jadi leceh. dan memenatkan.

Alasannya, plate JPJ hanya boleh dibayar dan diuruskan oleh JPJ Putrajaya. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan, lebih elok bayar sahaja di Putrajaya.

Dan ini merupakan satu lagi kerumitan yang ada.

Untuk pengetahuan, saya tanya jugaklah. Kat JPJ Putrajaya ni boleh ke dapatkan nombor plate selain F (Putrajaya)?

Pegawai tu bagitau tak boleh. Untuk nombor plate selain Putrajaya kena guna akaun MySikap, atau ke kaunter JPJ di JPJ Galeria Putrajaya. 

Tapi kalau untuk Nombor Plate Putrajaya, memang kena datang sendiri ke Putrajaya untuk urusan pendaftaran dan pembelian.

Harga No Plate Putrajaya

Sekiranya anda nak beli no plate Putrajaya, tapi rasa jauh untuk ke sini, saya boleh uruskan urusan pembeli nombor plate anda dengan kadar upah RM530 untuk keseluruhan urusan A to Z. Anda hanya akan terima resit untuk diserahkan kepada Salesman kereta atau kedai motor untuk pendaftaran. Boleh baca lanjut prosedurnya kat sini.

Nombor plate yang berbaki adalah rawak dari 0-9999.

Tapi perlu diingat, tak semua JPJ boleh terima pembayaran ini kalau mengikut pengalaman saya. Anda boleh baca isu ini di Isu Bayar No Plate Putrajaya di JPJ.


Sekiranya anda tak kisah beratur panjang dan menunggu 2 minggu untuk urusan booking plate selain FD, anda boleh uruskan sendiri, sebab booking memang tiada caj langsung. Anda boleh dapatkan sendiri nombor plate Putrajaya ini seperti yang saya kongsikan. Jimat berganda.

Atau anda boleh upah saya untuk mendapatkan nombor plate F, FA, FB, FC dan FD malah plate MALAYSIA ini dengan harga yang berpatutan seperti yang saya sebutkan di atas. Tapi sebelum perlu faham langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum bersetuju untuk saya buat urusan booking no plate berkenaan.

Whatsapp saya ( O1O6OO9966 ) untuk uruskan pembelian dan persediaan dokumen yang diperlukan. Tapi pastikan anda dah baca artikel Prosedur Tempah Plate Putrajaya.

Saya ambil plate FC sebab signifikan dengan Model CIVIC FC ni. Alhamdulillah.



Nombor plate putrajaya masih ada untuk; - F (4 digit sahaja) - FA (4 digit sahaja) - FB (3 dan 4 digit tinggal sikit) - FC (4 digit sahaja) Kebanyakan nombor tu expired sebab orang tak register.

Posted by Adzril Maizan on Monday, 19 August 2019

Share with your friends

15 comments

  1. Kalau kita duduk tempat lain..boleh beli no plate putrajaya ke

    ReplyDelete
  2. Kalau ic negeri lain ..boleh beli no plate putrajaya tak

    ReplyDelete
  3. Encik kalau plat tu belum running lagi kata la FE... Brp lama kena tunggu?

    ReplyDelete
  4. Klu plat belum keluar cth FE... Boleh ke

    ReplyDelete
  5. Tk atas perkongsian maklumat. Amat membantu

    ReplyDelete
  6. Kalau saya mmg org putrajaya, ic pn putrajaya. Perlu jgk ke beli no? Saya book kereta dkt selangor la tpnya

    ReplyDelete
  7. @misz sue

    walaupun ic anda putrajaya, tetap perlu melalui proses yang sama untuk book plate putrajaya ni.

    ReplyDelete
  8. Tuan, bagaimana nak daftar plate no kenderaan yang ada perkataan PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  9. @forurmind, perlu beli kenderaan sedia ada yang dah gunakan plate PUTRAJAYA. Kemudian tukar dengan kenderaan yang baru tuan beli dengan proses interchange.

    ReplyDelete
  10. Saya nak beli plat putrajaya...no 5505, boleh. No contact saya 016 4214919

    ReplyDelete
  11. aku beli plate FC dulu senang je.. terus je ke JPJ Ampang.. beratur dan beri no yg nak beli.. bayar rm320 je settle..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.